-=[ Selamat Datang ]=-

MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH ULAR

Kita semuanya kenal ular. Beliau ialah binatang yang brutal dan berbisa.. malah ular ni boleh membunuh kita. Namun dalam keganasan yang menjadi sifat ular ni.. ada banyak masalah yang dihadapi sehingga golongan ular ni sampai rasa fedap nak hidup... mari kita saksikan masalah-masalah tersebut....

(1). Sering mengalami sakit kulit bawah perut sebab selalu menjalar tak kira tempat... atas jalan tar... atas pasir... atas duri..

(2). Sentiasa menjaga lidah dari tergigit sebab kalau tergigit konfem mati sebab lidah dah tercucuk bisa sendiri.

(3). Susah makan nasik atau makan berkuah sebab takde tangan nak suap. Sebab tu la asyik makan benda bulat je... telur, tikus atau mengkarung.

(4) Susah nak cari pakaian kat kedai sebab kebanyakan pakaian dijual mempunya lengan dan kaki... so nak tanak kene beli kain kapan buat balut badan...

(5) Mempunyai musuh ketat iaitu Crocodile Hunter tetapi mereka telah mengadakan pesta keramaian setelah Crocodile Hunter kembali ke alam baqa...

(6) Ular sawa batik tetap miskin walaupun beliau menjual kain batik sebab bila orang datang nak beli je.. beliau bantai makan pembeli tu...

(7) Ular senduk plak selalu tensen sebab asek dijadikan senduk menceduk nasik oleh penduduk Asli kampung Gadek.

(8) Walaupun namanya ular kapak.. beliau langsung tak dapat menebang pokok hatta nak memotong kulit bawang pun...

(9) Bila mereka nak menyalin kulit, ternyata kesakitan yang amat sangat akan terjadi kepada mereka... masalahnya ialah tiada satu hospital pun nak menerima mereka sebagai pesakit kulit...

(10) Selalu diejek rakan2 binatang lain dengan berkata " Ahhh.. sapa nak percaya cakap ko ular... ko kan lidah bercabang... dah la kuat membelit... takde sape nak kawan ngan ko"

0 orang berani komen:

Catat Ulasan