-=[ Selamat Datang ]=-

lawak jual anak~

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun. 


Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya. 


Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je. 


Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...? 


Pak Majid:Hmmmmmmm. .. Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...


Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya. 


Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..


Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid! 


Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu! 


Pak Abu: HEHEHEHEHE..

haramkan tudung?? baca sampai habis, pastu komen~

Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di malaysia Ahli ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di ipta dan ipts di malaysia ini berikutan dengan faktor faktor kesihatan. Ini kerana pelajar pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini. Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yg kurang dan menyebabkan kepala yg melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yg tidak memakai tudung.
Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ni sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yg sekiranya tidak deteliti tidak akan nampak.adakah kerajaan malaysia takut akan hal ini.yang dulu begitu marah terhadap singapura yg memberhentikan 2 org murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah.
Ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja kan.sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih.Sekranag malaysia sanggup mengHARAMKAN pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa apa dengan isu ini.
Ini kerana semuaya terletak di tangan menteri menteri di malaysia. bagaimana pula dengan Pak Lah yg selalu menjadi imam di masjid masjid adakah die juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. jadi bagaimana seorang imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini.
Bagi pihak universiti islam antarabangsa malaysia UIAM).International islamic university malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi.universiti ini dahulu yg mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini.
MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama islam. kiniboleh mengharamkan pemakaian tudung di malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita islam wajib memakai tudung. isu ini sengaja tidak digembar gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun ape-ape reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. adakah malaysia sudah lemah... pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah.
Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-


1)TUDUNG SAJI
2)TUDUNG PERIUK
3)TUDUNG TERMOS
4)TUDUNG CAT

kepintaran~

Seorang Guru ingin mengetahui sejauh mana kepintaran murid-muridnya. Dia bertanya satu soalan kepada seorang murid perempuan.


Guru : Bila kamu bertemu penjahat yang ingin memperkosa kamu, apa yang akan kamu lakukan?


Murid: Saya akan menaikkan skirt saya tinggi-tinggi!


Guru : HAH ! (terperanjat), lepas tu awak buat apa?


Murid: Saya akan suruh penjahat tu buka seluarnya.


Guru : Habis tu apa yang ... (Mula Khuatir)


Jeng! Jeng! Jeng!


Murid : Lepas tu, saya akan lari. Saya dapat lari laju jika skirt saya diangkat, sedangkan penjahat itu susah nak kejar sebab seluarnya tersangkut di kaki ketika dilucutkan

lawak baca doa~

Semalam saya dan isteri mengundang beberapa orang untuk makan malam di rumah. Isteri saya pun sejak pagi sudah mempersiapkan segala masakannya. Ketika semua tetamu telah datang, ia menyuruh anak kami yang berusia 6 tahun untuk memimpin doa sebelum makan.


"Afiq, kamu pimpin baca doa ye Afiq"


"Tapi mak, doanya macam mana?" jawabnya.


"Katakan saja apa yang biasanya Ibu katakan," kata isteri saya.


Afiq segera menadah tangan dan berkata ...


"Ya Tuhanku, kenapa saya harus mengundang orang-orang ini makan malam?"

lawak tulisan~

Seorang gadis sedang sibuk menulis di atas meja di dalam pejabat pos. Tiba - tiba dia didatangi oleh seorang lelaki separuh umur.


"Maaf kan saya,"kata lelaki itu. "Saya nak minta tolong sedikit ni....boleh tak saudari menulis dan menghantar ...poskad ini bagi pihak saya?" Gadis tersebut bersetuju dan meminta barang - barang tersebut. Dia juga tidak kisah untuk menandatanganinya selepas menulisnya nanti.


"O.k! Siap,"kata gadis tersebut tersenyum sambil menghulurkan poskad yang telah ditulis dan ditandatanganinya. Gadis itu pun meminta diri . Tak sampai beberapa langkah berjalan, gadis itu berhenti kerana dipanggil oleh lelaki tadi. Sambil senyum gadis itu bersuara, "Er...ada apa-apa lagi yang boleh saya lakukan untuk encik?"


"Ya," jawab lelaki tersebut. "Di bahagian bawah poskad ini tolong tuliskan : P/S - Maafkan saya kerana tulisan ini tidak cantik."

lawak kantoi~

Rahim memandu kereta dan tiba-tiba seorang polis menahannya. Rahim menurunkan tingkap keretanya dan bertanya kepada polis tersebut. 

Rahim : Ye Encik, ade apa masalah?? 

Polis : Erm.. takda pape, saya telah memerhatikan cara pemanduan encik. Hari ini adalah hari bertuah encik kerana saya ingin memberikan encik wang tunai sebanyak RM5,000 kerana dianugerah sebagai pemandu terbaik. Tahniah! Eerm, encik akan buat apa dengan wang ini nanti? 

Rahim berfikir sejenak lalu dia pun berkata 

Rahim : Erm saya rasa saya nak guna duit ini untuk membuat lesen memandu kereta lah. Mahmud yang duduk disebelahnya menyampuk percakapan si Rahim. 

Mahmud : Oo..Encik polis jangan dengar apa yang dia cakap. Dia ni bengong sikit kalau dah mabuk todi. 

Si Leman yang duduk di belakang pula menjerit dalam kekecewaan. 

Leman : Aku dah cakap, kita takkan terlepas dengan kereta curi ni!! 

Seketika itu, kedengaran pulak dari but belakang kereta di ketuk dan terdengar seseorang berkata Pak!! Pak!! udah sampe ke belom?

kalau binatang ada facebook~

Kalau binatang ada facebook, agak-agak lebih kurang macam ini lah komen-komen binatang tersebut di STATUS yang macam korang selalu post tu…….

Cicak : Tuan rumah baru beli raket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ malam nih…
Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… Kenyang burp, Alhamdulillah. ..
Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!! Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua tak mau di sembeliiiiihhh! …
Cicak : isteriku tersepit pintu
Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”
Ayam : Kawan2…kalu esok aku tak update…bererti aku sudah di goreng….I luv u all… jangan luper buat kenduri arwah untuk aku yaa…
Nyamuk : Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa
Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …
Kucing : Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!
Tikus : Operasi malam ni… selongkar kitchen kabinet… sape nak ikot?
Katak : malam ni nak buat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..
Ular : rasa mcm nk makan lauk telur la malam ni..mana nk cari ek..
Anjing : Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.
Kuda : Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.
Kura – Kura : Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi
Siput Babi : Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2
Gagak : Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles Burung
Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tuatapi aku burung Jantan!!!
Babi hutan : susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.
Kera : semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah
Tikus : Aku makan mee goreng mamak kat Alif @ Tun Ismail Lanes. Meh la join sekali.
Lalat : Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.
Sotong : Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut
Kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther curi ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..
Lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee….
itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. …nk tiru aku le tu.. lol….
Ikan Laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam balang ni.
Ikan Parang : Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok
Ikan Jerung : Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku.
Ikan Sepat : Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah
Ikan Bilis : Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.
Ikan Arowana : Cantik tak sisik I? Cantik kan ?
Ikan Mas Koki : macam mana nak kurus nie?
Udang : nasib baik aku xde tulang, xde la sakit badan..
Sotong : trauma la aku bile dgr perkataan ‘salut tepung’…

lawak presiden~

1 hari seorg presiden ke pameran lukisan. Masa itu dia sakit mata dan penglihatannya kabur, lalu dia bawa pembantu. 
Presiden : “Wah, cantiknya. Gambar ikannya benar2 hidup.” 
Pembantu: “Shhh.. Jgn ckp kuat. Itu gambar buaya.” 
Presiden itu diam takut tersalah lihat, tiba pada satu ruang pameran dia berkata: ...“Wah, ini hebat. Lukisan Gorila nya sgt hidup.” Pembantunya terkejut dan berkata: “Pssttt.. Presiden. Itu cermin!” :P

kasut kulit buaya~

Seorang perempuan yang sangat teringin memiliki kasut dari kulit buaya. Dia pun pergi ke sebuah kedai kasut tetapi kecewa kerana kasut kulit buaya harganya sangat mahal. 
" Mahal sangat nie", kata perempuan itu. ..."Kalau ingin murah pergi la tangkap buaya sendiri," kata pemilik kedai kasut. 
Kecewa oleh perkataan pemilik kedai, perempuan tersebut pergi ke sebatang sungai besar di daerah tersebut sambil membawa senjata api. Beberapa saat kemudian pemilik kedai kasut datang dan kagum ketika melihat tiga ekor buaya mati bergelimpangan di tebing sungai. Sementara itu perempuan itu kelihatan berada ditengah-tengah sungai sedang menembak senjatanya kearah seekor buaya lain. Bunyi tembakan terdengar, kemudian perempuan tersebut menyeret buaya keempat yang baru di tembaknya ke tebing dan kemudian menyumpah, "****, yang ini pun tak pakai kasut."

lawak najis besar~

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar..

Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut. Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu?bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi?.tok kadi mula senyum? Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata. Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi?.tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ? taik gajah? besar betul..!!!!

Petua- Petua~

1.Petua Cepat DiPinang - Banyakkan Meminum Air Pinang 
2.Menegangkan Kulit Muka - Stepler Tempat Yg Kendur Tue.. 
3.Menghilangkan Cagu - Potong Jari Yg Kena Cagu Tue... 
4.Menghilangkan Bau Badan - Berendam Dalam Minyak Wangi 
5.Melembutkan Rambut - Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak... 
6.Melentikkan Bulu Mate - Pakailer Bulu Mate Palsu... 
7.Melebatkan Rambut - Cari Baja Rambut... 
8.Mengurangkan Dengkur - Kurangkan Tidur.. 
9.Menghilangkan Ketuat - Potong Dgn Pisau Cukur Cap Buaya... . 
10.Mengempiskan Perut - Jgn Makan & Jgn Minum... 
11.Mengekalkan Kecantikan - Kekalkan Mekap, Jgn Basuh2... 
12.Menyegarkan Mate - Tuang Eye Mo... 
13.Mengelak Rambut Gugur - Lumur Dengan Gam Gajah... 
14.Menghilangkan Kelemumur - Gunekanlah Syampu Rejoice.. 
15.Menurunkan Berat Badan - Turun Ikut tangga kecemasan.. 
16.Mengatasi Tumit Pecah - Jalan Berjengket- Jengket... 
17.Memerahkan Bibir - Pakai Lipstick arr.. 
18.Menghaluskan Kulit Muke - Gosok Dgn Kertas Pasir 
19.Menaikkan Seri Muke - Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangge..
20.Menghilangkan Bau Mulut - Minum Minyak Wangi

harta pusaka nenek~

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya. 

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..." 

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek). 

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek." 

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?" 

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya." 

Rahmat : "?????"

lawak badak dan monyet~

Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar.. Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok (jangan tak gosok) keluarlah seorang jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua2 menatang itu.
Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe. 
Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson.
Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam. 
Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe ........ 
Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei 
Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang2 mat motornya tu.. Lepas tu jin tu kata " Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik2" 
Badak tu pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya". 
Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu2nya badak jantan satu Malaya nihh.. "Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin. 
Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebar tu, "Saya mau badak tu jadi GAY" 
Jin tu pun kelipkan mata, bling.... Maka meraunglah badak sumbu tu sepuas2nya.. "Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah"
Seorang ustaz sedang menyampaikan usrah kepada anak buah beliau. Tiba-tiba seorang anak muridnya bangun dan bertanya soalan kepadanya..ikuti dialog dibawah. 

Murid : Ustaz, saya x puashati pada seseorang ni.Dia selalu buli saya,ikutkan hati, saya nak 'bubuh' jer dia ni. 
Ustaz : Sabar. Kiter hidup ni kene saling memaafkan, anggaplah itu ujian tuhan. Banyakkan lah buat kebaikan, besar ganjarannya. 
Murid : Sabar pun ada hadnya ustaz. 
Ustaz : Mcm ni la. Anggap la kebaikan itu umpama kiter bercucuk tanam. Kalau tanam pokok nangka, kiter akan dapat buah nangka. Kalau tanam pokok kelapa, hasilnya buah kelapa. 
Murid : Habis tu ustaz, kenapa kalau kiter tanam kacang hijau,kiter dpt taugeh? 
Ustaz : Kalau mcm tu, baik awak tanam diri awak..tgk apa hasil yang keluar ?Sambil berkata dalam hati "Kenapalah anak muridku bengap sgt ni"

dialog ayam dan lembu~

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri! 
Lembu : Kenapa kau kata macam tu? 
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku! 
Lembu : Hah! Buat apa pulak? 
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,Macamana aku nak dapat anak! 
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja! 
Ayam : ?? Maksud kau? 
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK! 
Ayam : ??