-=[ Selamat Datang ]=-

Lawak Matematik~

Di sebuah sekolah dewasa yang dirahsiakan namanya, sekumpulan pelajar dewasa baru memulakan pembelajaran mereka, bermula dengan mata pelajaran Matematik.. sepanjang hari mereka tekun belajar semua asas Matematik..
Bila tamat masa persekolahan, mereka keluar dari sekolah dengan hati gembira & puas hati kerana telah menguasai asas Matematik..
"Seronok betul rupanya belajar Matematik kan", kata mereka berbual sesama mereka.
"Alangkah bagusnya kita mula belajar lebih awal dulu masa muda2 lagi..", kata yang lain.
"Besok kita mesti datang lagi, tidak sabar rasanya hendak belajar lagi."
Begitu la suara2 puas hati mereka.
Seorang dari mereka menuju ke keretanya yang diparkir agak jauh dari sekolah dewasa itu.
Di sebelah parkir keretanya adalah sebuah kereta 4x4 double cab. Sebelum masuk ke keretanya, matanya lama terpaku ke tulisan 4x4 itu,
"Kenapa tiada jawapannya ya?"
Lalu dia dengan spontannya mengambil sebiji batu kecil & menulis jawapan 16 di hujung tulisan 4x4 itu. Selepas itu dia memandu pergi dengan sangat senang hati.
Tamat masa bekerja, tuan punya kereta 4x4 itu pun pergi ke keretanya. Dia bekerja di sebuah pejabat berhampiran parkir itu. Alangkah terkejutnya dia melihat keadaan badan keretanya yang telah diguris dengan benda tajam. Dia menyumpah sehabis2nya.
Lalu dia singgah ke kedai aksesori kereta & membeli spray untuk menutup gurisan itu.
Besoknya, balik dari sekolah dewasa, si kawan yang masih parkir keretanya di tempat yang sama terkejut melihat kereta 4x4 yang sama itu telah menutup jawapnnya semalam, "Mungkin jawapan ku salah ya.." Dia mengira sungguh2 supaya tidak silap sehingga puas hati. 'Betullah 16. Kenapa jawapanku dipadam? Oh iya, aku lupa tulis simbol '='. Oleh itu, dia menulis semula jawapan '= 16'.. dan memandu pergi dengan sangat senang hati.
Balik dari kerja, si tuan punya kereta sekali lagi mengamuk bila ternampak badan keretanya diguris begitu. Bila direnung gurisan itu, terdetik di hatinya, 'Betul juga, 4x4=16. Bodoh juga Jepun, buat kereta tulis 4x4 tiada jawapannya.' Lalu dia singgah di kedai aksesori kereta & membeli spray putih. Mula2 ditutup rapi gurisan itu, kemudian ditulisnya cantik2 jawapan '=16'. 'Mesti tukang guris itu tidak akan ada peluang lagi buat jenayah ini', yakininya.
Hari selanjutnya, balik dari sekolah dewasa, si kawan mencari2 kreta 4x4 yang sama. Dia sangat puas hati bila melihat jawapan nya semalam tidak dipadam malah ditulis semula dengan rapi.
'Ya begitu la baru betul!' Serunya. Lalu dia mengambil sebiji batu kecil sekali lagi & menanda ✔..

Buat Sesuatu~

Sepasang suami isteri sedang menonton National Geographic..
Isteri: sedihnya kalau rusa tu kena baham harimau bintang.
Suami: Itu dah lumrah alam. Harimau tu perlu makan untuk hidup.
Isteri: Tapi bang, kesianlah rusa tu. Buatlah sesuatu.
Suami: La..tengok ja lah TV tu.
Isteri: Kalau abang tak buat sesuatu, saya balik rumah mak karang..
Suami: Ok..ok...abg pergi lah ni tolongnya... Kesudahan cerita ini, sila tonton video ini