-=[ Selamat Datang ]=-

tahukah anda???~

Kalau dengar lagu Cinta Muka Buku oleh Najwa Latiff, Harap-harap jangan ikut nyanyi sekali la ya, sebab ada bait lirik yang boleh bawa kita ke arah ttuttttt... kalau boleh tak payah dengar langsung. Nih liriknya: ~ Banyak persoalan yang berada di minda Banyak tanda tanya dan juga kata cinta Otak kata jangan hati pula kata ya Hidup tak menentu adakah ini cinta Banyak soalan banyak juga jawapannya Kata hati dan rasa tak dibiar saja Setiap yang berlaku ada kebaikannya Harus pejam mata dan cuba apa saja ♫ OK, tipu jer :P Amboi, menyanyi ikut rentak nampak? ƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑ

lawak latihan kebakaran~

Apabila beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu Seminar Kebakaran & Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguiser) dengan begitu berminat sekali. "Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan," pegawai itu menerangkan. "kemudian tekan di sini untuk mengeluarkan 'foam'nya." terang pegawai itu lebih lanjut. Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan telah dipilih untuk mengawal kebakaran di tempat letak kereta. Disebabkan kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam api tersebut. Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya, "Ingat !, seperti bom tangan.". Seperti timbul satu keyakinan baru kepada pekerja restoran nasi kandar itu, ia pun dengan segera mencabut pin dan melontarkan alat pemadam api itu ke dalam kawasan kebakaran tersebut.

lawak conteng~

Ayah : Sampai hati ko buat gini kat kami Milah. Apa salah ayah sampai camgini ko buat kat kami? Mak : Mak malu Milah. Malu mak dgn org kampung ni. Semuanya cakap yg bukan2 pasal keluarga kita. Huhuhu.. T.T Milah : Ampunkan Milah mak, ayah. Milah janji tak buat lagi. Huhuhu.. ... T.T Mak : Janji? Dulu pun ko pernah gak menconteng arang di muka kami. Tapi disebabkan ko ni anak kesayangan kitorang jadi kami pendamkan saja kemarahan kami ni. Tapi kali ni kau mmg dah melampau Milah. Huhuhu... Milah : Sebab mak ngan ayah diamlah Milah ingatkan mak ngan ayah x marah ngan Milah. Sebab tu la Milah buat lagi. Huhuhu.. Ayah : Tapi masalahnye kali ni ko pakai PEN MARKER! PERMANENT lak tu! Dulu pakai arang sekali basuh dah hilang. Tapi yg ni ko tengok, sampai sekarang x hilang2 lagi kat muka kitorang! Ketua kampung siap boleh terguling2 kat tengah jalan sbb tergelak besar bila dia tengok. Tok imam pun sama gak, siap perli lagi 'Orang Islam haram buat tatu'.

lawak kejar keretapi~

Ajoi,Sumardi dan Pancis sedang menunggu keretapi di stesyen keretapi Seremban. Diaorang bertiga kalau dah berjumpa macam-macam cerita di borakkan sehingga terlepas keretapi yang hendak dinaiki.

Apabila perasan keretapi dah bergerak, mereka bertiga berlari pecut mengejar keretapi tersebut.

Macam filem stunt, Sumardi dan Pancis berjaya juga lompat dan menaiki keretapi tersebut tetapi Ajoi tak dapat naik.

Walau macamanapun Ajoi kelihatan ketawa terbahak-bahak sampai terguling-guling tepi landasan. Pekerja KTM yang melihat aksi mereka dari tadi berasa pelik dan menghampiri Ajoi..

Pekerja KTM: “Kenapa encik ketawa? Bukan ker encik tak berjaya mengejar keretapi tadi?

Ajoi:”Sebenarnya yang nak naik keretapi tadi saya seorang, diaorang berdua hanya hantar jer…wakakakak”

lawak siapa hang tuah~

pada suatu hari di skolah,cikgu menanyakan soalan sejarah kepada muridnye... cikgu:ajoi siapa kah hang tuah? ajoi:m.nasir cikgu.. cikgu:ape kena dengan kamu ni? tak belajar sejarah ker? ajoi:relax lah cikgu, kit kat kan ade....(sambil menyeluk sakunya dan memberi kit kat nye kepada cikgu..) cikgu:#$@$%^&*(&() ajoi:betul lah kan m.nasir.

lawak email~

Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di Microsoft. Pegawai disitu telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai.. Lalu dia mengatakan "Anda diterima bekerja... berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan." Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email .. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja.. Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki USD 10. lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur... Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja... Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di US... Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya. .. Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya. ... Setelah bersetuju... Penjual insuran berkata.. "Minta email Puan..." "Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email" jawab wanita itu Penjual Insuran terkejut dan berkata "Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email. Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email." Waita itu menjawab: "Jadi tukang Sapu di Microsoft"

sebab mahasiswa/i tidak lulus ujian~

Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila dia tidak lulus ujian, Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat… Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik … Mari kita kira! Hari Minggu 52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari. Hari Cuti Umum Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb… Baki tinggal 283 hari. Cuti Semester Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari. Baki tinggal 223. Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur. Baki tinggal 103 hari. Beribadat Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun. Baki tinggal 95 hari. Bermain Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari. Baki hari tinggal 80. Makan : Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari. Baki tinggal 65 hari. Berborak Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi. Baki tinggal 50 hari. Sakit Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. Baki tinggal 45 hari. Exam Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam. Baki tinggal 21 hari. Refreshing Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. Baki tinggal 16 hari. Surfing Internet Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan tagged atau paling tidak pun layan blog isuhangat . Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun. Jadi baki tinggal 1 hari. Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!! Mana boleh belajar!

jenis-jenis rambut~

1) RAMBUT LURUS bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan 2) RAMBUT KERINTING TEBAL kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masala...h diri, tidak suka termenung 3) RAMBUT KERINTING NEGRO bijak, ego, cemburu buta, romantic, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah 4) RAMBUT IKAL MAYANG bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu. 5) RAMBUT HALUS/LEMBUT bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh. 6) RAMBUT SIKIT bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil. 7) RAMBUT PERANG kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah. 8) RAMBUT TEBAL bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan dan pandai mengambil hati seseorang. 9) RAMBUT KUSUT sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan. p/s: malas sikat rambut 10) RAMBUT BERUBAN kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri 11)TIADA RAMBUT macam mana nak kate ye....kesian 12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN itu rambutann... Huahuahuahua...jangan marah...gerammmm tak perrrrrrrrrr

lawak memilih~

Aliff : Meor, kau ni bila nak kahwin? Dah tua bangka dah... Meor : Aku belum jumpa perempuan idaman aku lagi Aliff : Kau ni mesti memilihkan, nak yang cantik je... Meor : Aku tak kesah cantik ke buruk, yang penting kentut dia wangi... Aliff : ????

lawak tukar tempat~

Satu hari Ajoi perlu ke KL untuk menduduki satu temuduga. Ajoi berniat untuk tidur di rumah member kamceng dia, Sumardi. Pada hari yang dijanjikan Ajoi pun menaiki keretapi dari Seremban manakala Sumardi menunggu dia di KL Sentral. Setelah sampai, Ajoi turun dari keretapi tetapi muka dia sangat pucat, almaklumlah itulah first time dia menaiki keretapi. Sumardi: Salam Joi, sahabatku! Pesal muka lu pucat semacam jer? Ajoi: Aku tak biasalah naik keretapi. Lepas tu aku duduk menghadap ke arah bertentangan, kepala aku pening la bro. Sumardi: Sian lu, apasal tak tukar tempat duduk dengan orang yang duduk depan ko? Ajoi: Aku nak tukar jugak tapi tak boleh.. Sumardi: Naper tokleh? Dia tak kasi ker? Ajoi: Masalahnya depan aku takde orang duduk, camner aku nak ajak tukar tempat… Sumardi: Grpppdkkk..!

cara mendapat panggilan percuma~

Tadi malam, saya dapat idea untuk mencuba menggodek Handphone saya, untuk mencari cara-cara mengenakan telco2 yang kapitalis itu. Dan tanpa diduga, SAYA BERJAYA!!! SAYA BERJAYA MENEMUKAN CARA PANGGILAN PERCUMA DENGAN TELCO MANA2 PUN!!! Sebenarnya, saya sedikit enggan memberikan trick yang saya jumpa ni, Ilmu tu, takkan nak bagi percuma kan? Tapi setelah saya fikir-fikir, apalah erti kehadiran saya di dunia ini jika untuk ilmu saja (bukan harta) saya enggan berkongsi… Jadi, saya cuba menuliskan langkah-langkah ringkas yang saya jumpa pada malam tersebut. Hanya pesanan saya, tolong jangan sebarkan info ini kepada orang lain. Kalau sampai ada pihak berkuasa atau telco yang mengetahuinya, saya takut cara ini akan diblock, dan gagallah kita semua calling2 percuma… Saya ingatkan, tips ini dapat digunakan untuk semua nombor, bukan hanya 1 telco tertentu. Boleh digunakan tanpa had waktu. Boleh digunakan siapa saja asal celik teknologi. Okeylah, daripada saya boring-boring ceramah, berikut ialah langkah-langkahnya: Kredit minimum di HP anda harus RM0.50 atau lebih Pastikan nombor telefon yang akan dipanggil nanti sedang aktif Pastikan anda mengetahui nombor HP kawan anda tersebut Salin 5 digit pertama dan 5 digit terakhir nombor telefon yg ingin di dail Buka sms kosong di HP anda Taipkan nombor telefon tujuan anda Langkah terakhir taip sms dengan isi seperti berikut… . : : : : : : : : : : : : : : “Telefon aku sekarang, PENTING!!”

lawak kahak~

Ada tiga orang lelaki suka betul berkahak..kejap kejap harghhh ptuihhhh.!! Kejap lagi harghhhh pttuuuiihhhhh..!!!!!!!!! Sudahla berlendir, hijau..banyak pulak tu..Suatu hari, tiga lelaki nie terfikir 1 rancangan yang tak pernah dibuat dek orang..diorang nie nak berlawan berkahak. Hmmm…apa lagi ketiga-tiga mereka bersetuju dengan idea tersebut.. “Okey, aku mula dulu. Confirm korang berdua tak boleh lawan punya.” Kata A. Lalu dia pun mengeluarkan kahak yang berkapuk di kerongkongnya. HHRRRRGGGHHHHH……..KHHRRGUUUKKKKK…….PTTUIIIHHHHHHHHHHH..!!!!! Selonggok kahak hijau bertempek pada tembok. Besar duit lima puluh sen. “Eleh..!! Ingatkan banyak..ciput jer..” kata B lalu ketawa berdekah-dekah. Sekarang giliran B pula untuk berkahak. Dia pun mengeruh-ngeruh, mengeluarkan segala kahak yang berkumpul di dada dan kerongkong nya, lalu GRRHHHDDDD…KKKHHPOOOOOOKKKK….TUUIIIHHHHH,,!! Besar muka cawan.!! Hilang terus kahak A tadi ditempeknya.. Kini giliran C pula..sambil tersenyum, C sedut kahak-kahak hujau A dan B tadi,, ZZSSRRUUTTTTTT..!! kemudian HHHGGRRKKKKKKK ( berkahak semula campur dengan kahaknya) dan PTTUIIIIIHHHHHHHH…!!! BESAR PINGGAN..!! A dan B terus pengsan..hikhikhik..!!

10 Cara Menakutkan Jiran Anda~

1.) Kat halaman belakang, gali 2-3 batas berbentuk kubur kemudian letakkan papan dan kain putih. Bila jiran tegur nanti, kata “Takde apa-apa tu. Saya nak tanam sayur… .nak berkebun”, sambil menyiram air mawar keatas ‘kubur tipu’ tu… . lagi wangi lagi real… 2.) Bila jiran tengah menonton TV di ruang tamu mereka, ambil kerusi malas / kerusi plastik dan turut serta menonton TV mereka, tapi dari halaman mereka dan dengan menjengok2 tingkap mereka. Sure mereka seriau, especially kalau mereka tengah menonton cerita ‘Pontianak Harum’. Kalau boleh, pakai jubah putih dan lakukan pada malam hari. 3.) Pesan pizza tapi alamatkan ke rumah jiran anda. Setiap kali buat pesanan, suruh orang delivery hantar ke rumah mereka. Kalau jiran complain, kata anda takde telefon jadi kena pesan ke alamat mereka… 4.) Setiap Subuh, alihkan tanaman dan pokok bunga jiran anda daripada tempat yang asal. Lakukan setiap pagi supaya tanaman / pasu bunga mereka sentiasa beralih-alih. Kalau mereka hairan, kata “Kuat berjalan betul pokok2 awak nih!”. 5.) Minta kebenaran mereka untuk membuang sampah di tong sampah mereka. Jika mereka tanya kenapa, kata je “Tong sampah saya penuh dengan mayat.. eh.eh… sampah… hehehe”. 6.) Bila menyidai baju di ampaian rumah, sidai sekali surat khabar, majalah dan buku2 anda. Jika jiran tengok, kata je anda tak suka membaca bahan bacaan kotor. 7.) Suruh isteri dan anak2 anda mmanggil anda ‘Duli yang maha mulia seri paduka Zorgon’ depan jiran2. Jika jiran nak tahu kenapa, kata je anda berasal dari kerabat diraja Marikh. 8.) Buat open-house dan jemput jiran2 anda. Tapi hidangkan kasut, selipar, terompah, boots dan kasut high-heels sebagai hidangan utama. Buat barbecue di halaman dan panggangkan selipar jepun anda. Cadangkan kepada jiran yang anda pun boleh tolong mereka panggang kasut mereka sekali. 9.) Bila jiran datang ke rumah anda, jangan bagi mereka duduk diatas kerusi. Suruh duduk kat lantai, walaupun ternyata ada sofa dan banyak kerusi lain. Kata yang kerusi2 kat rumah anda ada jerangkap samar (landmines). Kalau ke rumah mereka, buat benda yang sama. Kata anda tak nak duduk, takut meletup… 10.) Buat patung boneka drp kain yang serupa macam muka dan pakaian jiran anda. Jika dia terkejut, kata je anda rasa lonely dan boneka tersebut membuat anda rasa jiran anda sentiasa disisi dan tak lonely. Sure dia horror… .!

Kebaikan Rokok Yang Mesti Kita Ambil Tahu~

Pada kotak rokok (kecuali rokok seludup) akan ada tertera perkataan “Amaran Kerajaan Malaysia, merokok merbahayakan kesihatan” , gambar-gambar ngeriss seperti kaki, janin, mulut dan sebagainya. Perokok pasif iaitu orang yang tidak menghisap rokok tetapi menghidu bau asap rokok dari rakan, suami dan sebagainya juga terdedah kepada penyakit kanser, apa lagi yang menghisap rokok. Pendek kata,merokok adalah merbahaya kepada kesihatan. Tetapi ada penyelidikan yang mutakhir mengatakan yang sebaliknya pula. Menghisap rokok digalakkan pula kerana menghisap rokok dikatakan menghisap rokok ada kebaikannya tersendiri. malah menurut kajian statistiknya ada hubungan positif antara menghisap rokok dan kehidupan kita. Dalam penerbitan jurnal terkini beliau, Ajoi mengatakan bahawa ada 3 kebaikan menghisap rokok: 1. Awet Muda; semakin banyak menghisap rokok semakin awet muda(ingat, hubungan positif tadi) Oleh kerana merokok mengganggu kesihatan, ada yang yang mengatakan sebatang rokok dapat mengurangkan usia selama beberapa minit, maka dapat disimpulkan bahawa dengan menghisap rokok anda tidak akan menjadi tua. Mati muda bererti awet muda. 2. Anti Rabies; Rabies adalah penyakit yang boleh membawa maut akibat gigitan binatang seperti gigitan anjing. Dengan menghisap rokok kita dengan mudah dapat menghindari gigitan anjing. Caranya; Lari saja, dalam masa 2 atau 3 minit, kita dah semput dan tidak sengaja akan membongkok. Anjing tadi menyangka anda akan mengambil batu. Seperti yang diketahui, anjing takut kena baling batu, kemudian dia pun lari tak cukup tanah… So…selamatlah kita dari rabies. 3. Anti Rompakan Pencuri biasanya akan datang pada tengah malam atau awal pagi semasa kita dibuai mimpi. Ok, semasa pencuri datang di tengah malam. Tetiba Kita ter UHUK… UHUK batuk dan batuk. Pencuri tadi mesti menyangka kita belum tidur. So, batuk kita menyelamatkan kita dari rompakan. Hahahaha

brother~

Ajoi : abang dalam bahasa English ape ek ibu ?
Ibu : brother...
Ajoi : adik ??
Ibu : brother jugak..


di sekolah...


Cikgu : How many siblings do u have ?
Ajoi : I have 1 brother and 1 brother...
Cikgu : so,,two brothers right ?
Ajoi : NO ! 1 brother and 1 brother...
Cikgu : 1+1=2 brothers right ?
Ajoi : NOO !! 1 brother and 1 brother !!!
Cikgu : !@#$%^&*

wang~

Ajoi: “WANG boleh membeli ubat,tapi tak boleh membeli kesihatan..”


Sumardi : “yup betul ko cakap, Joi”.


Ajoi: “WANG boleh membeli teman, tapi tak boleh membeli persahabatan..”


Sumardi: “yup betul tuh”.


Ajoi: “WANG boleh membeli makanan, tapi tak boleh membeli selera..”


Sumardi: “betul,betul n betul …”.


Ajoi: WANG hanya membawa penderitaan…Semua orang menderita angkara wang…wang…wang!”


Sumardi: “Wah ko terer berfalsafah juga yer joi, apa pun aku setuju bro..”


Ajoi: “Sumardi, aku sangat rapat dengan ko, aku tak ingin ko menderita kerana wang.”


-senyap-


Sumardi: “So…?”


Ajoi: “Jadi… Berikan semua duit ko pada aku….biarlah aku yg menderita asalkan ko bahagia…aku rela bro”.








Moral: Zaman sekarang semua perlukan duit :D

main nombor~

Isteri: Sampai ble abg nak main nombor tu?? Dah tua2 cbe la buat prangai senonoh sikit...!!
Suami: .........
Isteri: Saya malu! Saya malu tau tak?! Sudah2 la main nombor tu...bukan ade pekdahnye pun...
Suami: .........
Isteri: Arghhhh!!!!! Tensennye aku!!!!!! (sambil melihat suaminye dengan muke selamba menekan butang lif)

wasiat~

Satu hari Ajoi yang tak sihat kerana demam sikit memanggil isteri dan semua anak duduk mengelilingi katilnya.


Ajoi: “Duduk sini..abah nak bagi wasiat nih!”


Anak Ajoi: “Waaaaa….! apa ni bah? main wasiat-wasiat ni ? Baru demam sikit jer tu..”


Ajoi: “Takpelah, just wasiat.”


Isteri Ajoi: “Ok.! ok..! Apa wasiatnya bang..?”


Ajoi: “Tanah di belah kanan dan kiri rumah kita jangan dijual…..Juga tanah yang dibelakang tu….Sesekali korang jangan cuba nak jual..!”


Anak Ajoi: “Kenapa bah?” (saspen)


Ajoi: “Tu kan tanah orang lain, bukan tanah kita…. Mana boleh jual…! Sobona eh, abah sajo jo hilang boring duk atas katil ni ha…huahuahua”

kehebatan pemandu lori~

seorg pemandu lori bdebat dgn plumba kereta serta matrempit ttg kehebatan masing2..


matrempit : ak bley wat aksi wikang&wheelie.. hebat x ?


driver kereta : eleh, ak lagi hebat, ak mampu memandu sambil menggelongsor kat selekoh yakni drift.. hahaha


driver lori : 2 je? ape la sgt korang ni kalau nk dibandingkan dgn ak..


mat rempit & driver kereta : abis tu ko mampu watpe ?


driver lori : ak bley wat korang mati dlm keadaan yg sgt ngeri dgn skali langgar je..haha


matrempit&driverkereta : #@!!!

budak bijak~

Ada seorang budak yang sedang bermain bola bersendirian. Ia menendang bolanya terlalu kencang dan memecahkan kaca tingkap rumah seorang wanita. Budak itu pun terus berlari ketika wanita itu keluar dan menjerit. Budak itu pun berfikir untuk datang mengambil bolanya semula. Ia lalu berfikir cara apa yang dapat dilakukannya.Beberapa minit kemudian, budak itu pun mengetuk rumah wanita tadi dan berkata pada wanita tersebut, “Ayahku akan datang dan membetulkan tingkap tersebut.”Dan memang datanglah seorang lelaki dengan kotak perkakas dan berkata pada wanita tersebut, “Maaf. Saya mau membetulkan tingkap anda…”Wanita itu pun mempersilahkan lelaki tersebut masuk untuk membetulkan tingkapnya. Sedang lelaki tersebut membetulkan tingkap, budak tadi meminta bolanya kembali. Wanita itu pun memberikannya sambil berpesan agar lain kali hati-hati. Budak itu pun pulang.Setelah selesai membetulkan tingkap, lelaki tadi terus meminta wang upah dari wanita tersebut. Wanita itupun terkejut dan berkata, “Bukankah anda ayahnya?”Lelaki itu pun berkata, “Apa, bukankah anda ibunya?

Cikgu dan Murid 2 amanah~

Cikgu: Azman, jgn tido time cekgu mgajar.
Azman: Maafkan sy cekgu.
Cikgu: Kamu tido lwt ke smlm?
Azman: Ye cekgu...
Cikgu: nape kamu tido lwt?
Azman: Tv marah sy tido cekgu..
Cikgu: Tv?????
Azman: yee cekgu.. dia ckp "Jangan Tidur Lagi".

lawak telefon~

Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…


Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)


Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)


Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)


Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,


Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)

pergaduhan di dalam bas~

al kisah seorang wanita anggun menaiki bas untuk ke stesen LRT bedekatan dengan rumahnya. setelah menunggu hampir 20 minit di bas stop dengan cuacana gurun sahara, wanita anggun terlihat kelibat bas datang dari jauh.


wanita anggun rasa bersyukur kerana ada tempat duduk VVIP untuknya disitu..kihkihih. lantas wanita anggun me-landing-kan dirinya secara sopan,tertib dan tawaduk di kerusi tersebut.


Setelah 2stesen berlalu, naik pula seorang jejaka kurang kacak tinggi dengan muka bengis seperti minta disepak membawa barangnya duduk di kerusi hadapan wanita anggun.


baru beberapa pusingan roda impian bas bergerak, bas berhenti mengambil seorang jejaka lagi tidak tampan lansung dengan topi ala2 hip hop dan seluarnya yang koyak rabak.


lelaki lansung-tidak tampan itu kelihatan resah gelisah kerana tiada tempat duduk kosong. lalu lelaki -langsung-tidak-tampan itu terlihat satu tempat duduk kosong dihadapan wanita anggun.


dengan renungan manja melirik lirik lelaki itu ke tempat duduk bahagian belakang untuk duduk di situ.


tiba-tiba...


"Telur kau tu besar sangat ke kau duduk cmtu?!" nada marah lalaki langsung-tidak tampan


satu bas yang terdengar ayat itu terpacul dari mulut lelaki-langsung-tidak-tampan itu terbangak. lelaki kurang tampan pula berkata2


"kau apehal nak kata telor aku besar ke tak?!"


"habistu? dah tak besar mana tu, angkatlah pegang!"


"kau ni pehal? gay ke?! gila seks?!"


"habis tu kalau kau tak angkat aku nak duduk cmne?"


satu bas seram sejuk melihat pergaduhan sebegitu berlaku, pemandu bas hanya menjeling takut2 mereka membawa snipper mahupun M16.. hikhikhik


terdengar bisikan 2orang mak cik di belakang aku


"apo kono ekh budak zaman skrg ni tak sogan ko cito mendo sndri ni?"


"entahlah, geli aku mendengarnya"


setelah pertikaman lidah berlaku dalam masa 5-10 min lalu lelaki kurang kacak pun berdiri mengangkat telur ayam sepapan yang dibelinya tadi turun dari bas.


lelaki langsung-tidak-tampan pula duduk dengan hati yang tenang aman damai sentosa harmoni eh dah2 cukup2


sebenarnya lelaki langsung-tidak-tampan tu marah lelaki kurang tampan kerana letak telur ayam dia atas kerusi dan dia tak boleh duduk.


tapi lelaki kurang tampan ni pikir lain pula, tu yang dia marah sangat tu.


kesimpulanya bertimbangrasa kalau naek public transport jangan conquer seat, cubalah cakap baik2 bagi elak salah faham, dan yang penting.. bersihkanlah otak masing2 dari pikir menda tut tut je.. hahaha


wanita anggun tiba di stesen LRT dengan hanya tersenyum...dalam hati dia


"hahaha makcik2 pon kuat pikir blue LOL"

lawak aminah~

Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian. 1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun tanya soalan "Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?". Takde sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu jahat sikit. Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum,Aminah pun menjerit "MAK!!" Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol.

Aminah sambung tido balik. Ustazah tanya lagi soalan. "Sape pencipta alam dan segalanya?" Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!" Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol. Aminah sambung tido balik. Pastu ustazah pun tanya lagi soalan. "Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?" Budak tu cocok lagi. Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata "Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap ko!!" Ustazah tu terus pengsan.

cara kejutkan orang bangun sahur~

time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling crucial sekali. Dibawah ni ada tips menarik untuk dicuba :-)


Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya..
1. Pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. Sentuh bahu org tidur tu.. dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. Renjis air kat muka dia... sambil panggil nama dia...
4. Tampar tampar manja pipi dia.. sambil panggil nama dia...
5. Tutup kipas / air cond

Tapi kalau still tak ada effect
1. Jerit nama dia kuat kuat...
2. Gigit ibu jari kaki dia.. cam hantu toyol gigit
3. Simbah air sebaldi... kalau boleh air rendam baju dalam korang
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. Goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempa bumi! tsunami! tsunami!
6. Jerit api! api! api!
7. Letak kfc ke mcd ke tak pun ikan patin masak tempoyak yg baru dimasaksebelah hidung dia.. bagi ambik bau sikit


Tapi kalau still tak ada effect gak
1. Pergi kat telinga dia... then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak kali...
2. Pergi kat dia, baca je surah yaasin!

Tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir
1. Panggil je orang masjid/surau untuk uruskan... kerana tuhan lebih menyayanginya.

lawak menunggu~

Saleem menaiki bas dan duduk di sebelah ibu muda yang cantik dan seksi. Kebetulan ibu muda itu baru mulai hendak menyusui bayinya. Tapi ketika si ibu muda hendak menyusui, si bayi menolaknya.


Si ibu muda berkata, "cepat sayang minum, nanti mama bagi dekat uncle di sebelah."


Sepuluh minit kemudian si bayi masih saja tidak mahu menyusu.


Si ibu muda memujuk lagi, "cepat sayang minum susu mama. Nanti mama bagi dekat uncle di sebelah. Mama bagi betul-betul ni."


Tiba-tiba Saleem berkata kepada si ibu muda, "saya nak bagitahu dekat puan, cepat sikit buat keputusan. Saya sepatutnya sudah turun di 4 perhentian sebelumnya."

lawak kucing~

Kucing Jantan : Kita berpisah..!!
Kucing Betina : Apa?


Kucing Jantan : Sebenarnya awak bukan kucing betina..
Kucing Betina : Apa maksud awak...?...


Kucing Jantan : Perempuan mana ada misai...
Kucing Betina : .......

Cerita yang bermula dengan huruf 'T'

Tatkala Temperature Terik Terbakar Terus, Tauke Tempe Tetap Tabah, “Tempe-tempe”, Teriaknya.


Ternyata Teriakan Tauke Tempe Tadi Terdengar Tauke Tahu, “Tahu…Tahu…..Tahu… !”


Terpaksa Tauke Tempe Teriak Tambah Tinggi, “Tempe Terbaik, Tempe Tersedap, Tempe Terkenal!!”, Tingkah Tauke Tempe.


Tauke Tahu Tidak Terima,”Tempenya Tengik, Tempenya Tawar, Tempenya Terbusuk…. !” Tukang Tempe Tersenyap, Terhenyak, Terkesima!! .


Tauke Tempe Tak Terima Terpaksa Tampar Tauke Tahu


Tamparannya Tepat Terkena Tauke Tahu.


Tapi Tauke Tahu Tidak Terus Tumbang, Tendangannya Tepat Terkena Tulang Tauke Tempe . Tukang Tempe Terjongkang Tumbang!


Tapi Terus Tegak, Tatapannya Terhunus Tajam Terhadap Tauke Tahu.


Tetapi, Tauke Tahu Tidak Terpengaruh Tatapan Tajam Tauke Tempe Tersebut, “Tak Takut!!” Teriak Tauke Tahu.


Tiba-Tiba Tangan Tauke Tempe Terkepal, Tinjunya Terarah, Terus Tumbukannya Tepat Terkena Tukang Tahu, Tak Terelak!


Tujuh Tempat Terkena Tinjunya, Tumbukan Terakhir Tepat Terkena Tekak. Tauke Tahu Terus Tersembam.


“Tolong.. Tolong.. Tolong..!”, Teriaknya Terdengar Tinggi. Tetapi Tanpa Tunda , Tukang Tempe Teruskan Teriakannya, ”Tempe .. Tempe .. Tempe ..

lawak amik wudhuk~

Seorang abang mengambil air wuduhuk, selepas itu ada seekor kucing usap di kakinya.


Abang: Allah batal air sembahyang aku!


Adik: Apsal pulak.


Abang: Terpegang kucing.


Adik: Mana batallah abang ni.


Abang: Batallah..


Adik: Kenapa pulak batal pulak?


Abang: Kucing betina.. (Jawabnya selamba)

lawak salah dengar~

Caller: Hello, can I speak to Annie Wan (anyone)?


Operator: Yes, you can speak to me.


Caller: No, I want to speak to Annie Wan!


Operator: You are talking to someone! Who is this?


Caller: I'm Sam Wan (someone) and I need to talk to Annie Wan! It is urgent.


Operator: I know you are someone and you want to talk to anyone, but what is this urgent matter about?


Caller: @#$... just tell my sister Annie Wan that our brother Noel Wan (no one)was involved in an accident. Noel Wan got injured and now Noel Wan is being sent to the hospital. Right now, Avery Wan (everyone)is on his way to the hospital.


Operator: Look, if no one was injured and no one was sent to the hospital, then the accident isn't an urgent matter! You may find this hilarious but I don't have time for this!


Caller: You are so rude! What isyour name?


Operator: I am Saw Lee(sorry)!


Caller: Yes! You should be sorry. Now give me your name

lawak nama panjang~

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.


Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.


Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.


Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.


Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).


Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.


Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.


Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.


Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”.


Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam


Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.


Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.


Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.


Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.


Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.


Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.


Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”


Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.


Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”


Cikgu Ajoi :@$%^%

sungguh memalukan~

"Maafkan saya bapak, sa..saya..saya menyesal!", Liana terisak-isak di hadapan bapaknya.


"Menyesal???? Dah terlambat! Kau tahu tak? Nama keluarga kita dah tercemar! ... belum pernah keturunan kita kena macam nie? Kau tahu tak!" herdik bapak Liana.


"Sudahlah bang", mak Liana menyampok, "Kita bincangkan sekeluarga."


"Nak bincang aper lagi? ...anak awak nie dah mengaku...... issshhh......." balas bapanya sambil memalingkan mukanya ke arah pokok di luar.


Liana betul betul menyesal dgn pengakuannya itu... kalau dia tahu bapaknya jadi camnie dia diam je... toksah mengaku lagi baik. Seluruh hidupnya seakan-akan runtuh di depan matanya, masa depan dia gelap? ... dia telah mencemarkan nama baik keluarga dan keturunannya. Dia tahu masyarakatnya tidak akan dapat menerima dia lagi. Dia tahu keluarganya dah kecewa. What a letdown? (Sigh).


Di satu pagi yg hening dia keluar berjalan ke arah satu bangunan pencakar langit yg tinggi. Perlahan-lahan dia menaiki tangga sampai ke atas bumbung bangunan itu. Dia memandang ke bawah... dia lihat kereta dan org ramai bersepah kat bawah macam semut-semut yg baru kena spray dgn Baygon. Liana dah nekad apa terjadi.... jadilah..... Dia dah memalukan keluarganya, dia mencemarkan keturunannya, bapanya tidak mahu menerima atas kelemahannya itu.


Liana tebayangkan wajah maknya, air matanya menitis. Emaknya lah tempat dia bermanja, emaknya la yg akan meyelimutkan dikala sejuk, menyuapkan dikala lapar, wajah adik-beradik kembarnya juga terbayang dimata. Sambil mengesat airmatanya, dia menarik nafas panjang... berjalan kehadapan hingga ke hujung bangunan itu. Setapak demi setapak dia melangkah ke hadapan hingga dirinya terjatuh melayang ke bawah... dia dapat rasakan angin yg begitu deras memukul mukanya... jantungnya berdegup pantas bila dia melihat bumi semakin dekat..... dgn satu tarikan nafas yg dalam, Liana mengembangkan sayapnya, SWOOOOOSSSSHHHHHHHHH!!!........ dia terbang???.


"Yessss! Yessss! Yessssssssssssssss! I've made it!!!!!", dia memekik keriangan.


Finally dia dapat melawan fobianya... dia dah no longer afraid of height... sebagai seekor burung, itulah yg sepatutnya menjadi fitrah semulajadi... selama ini dia takut..... ye dia takut pada tempat tinggi dan kerana ketakutan inilah membuatnya tidak mahu terbang... dah bertahun dia rahsiakan hal ini dari keluarganya.... Sebab tu bapak dia kecewa bila dia membuat pengakuan itu kerana memang tak pernah seumur hidup seekor burung takut pada ketinggian. Tapi sekarang dia dah tak takut, dia dah berani.... dia dah boleh terbang...

lawak buang barang dari helikopter~

Tiga orang di dalam helikopter yang sedang terbang di udara.
Orang pertama menggigit sebuah epal. Dirasakan terlalu manis, ia melemparkan epal tersebut keluar.
Orang kedua menggigit jeruk, tapi kerana terlalu masam, ia pun membuangnya keluar.
Orang ketiga menggigit bom tangan dan kerana terlalu keras, ia pun melemparnya keluar.
Ketika heli mendarat, ketiga orang tersebut berjalan bersama-sama.
Mereka bertemu dengan seorang budak perempuan yang sedang menangis.
“Kenapa menangis?” tanya mereka.
“Sebiji epal jatuh dari langit, menimpa anak kucingku, dan mati, hu.hu.hu.”
Mereka pun meneruskan perjalanan dan bertemu dengan seorang budak lelaki yang sedang menangis.
“Kenapa menangis?” tanya mereka.
“Sebiji jeruk jatuh dari langit, menimpa anak arnab saya, terus mati, hu.hu.hu.”
Akhirnya mereka bertemu dengan seorang perempuan gemuk yang ketawa terbahak-bahak sambil membongkok.
“Makcik, kenapa tertawa?” tanya mereka.
“Tadi itu, saya kentut. Tiba-tiba bangunan di belakang saya terus meletup ha..ha..ha..”

lawak mengecat~

Suatu hari Mutu disuruh oleh bosnya untuk mengecat garisan putih di tengah jalan raya.






Hari pertama, Mutu mengecat sejauh lima kilometer.


Tapi hari esoknya dan hari-hari berikutnya, bos mutu menjadi pelik sebab jaraknya semakin pendek.


Hari kedua, mutu cat sejauh tiga kilometer.


hari ketiga, satu kilometer. hari keempat, setengah kilometer sahaja!


Mutu dipanggil ke pejabat dan bos bertanya," Dei, Tambi! apa pasal makin hari makin sikit lu cat itu jalan?" 


"Susahlah bos...sebab makin lama saya makin jauhlah dari itu tong cat."...

lawak buat facebook~

Ada sorang lelaki ni. Dia nak blajar guna facebook. Dia SMS kawan dia untuk ajar macam mana cara nak buat facebook :


Lelaki : weh! Tolong ajar aku buat facebook bole tak?


Kawan : bole. Ko dah ada depan computer?


Lelaki : dah. Aku dah ada email pun


Kawan : cantekk! Ok, skrg ko bukak browser firefox atau internet explorer


Lelaki : browser tu ape?


Kawan : laa. Ko click menu start, pastu cari tulisan internet explorer


Lelaki : pastu?


Kawan : kat kotak paling atas, ko type ‘www.facebook.com’ pastu enter


Lelaki : oke! Pastu weh?


Kawan : kalo da kuar gambar, ko isi form pendaftaran sesuai yg ada


Lelaki : isi yg mana weh? Takde pape pun kat page ni


Kawan : takkan la takde pape? Kat page tu tulis apa?


Lelaki : paling atas cuma ada tulisan ‘the page cannot be displayed’


Kawan : oh! Ko salah tulis dari awal tu


Lelaki : betul la aku type, www.facebook.com


Kawan : hm, mungkin connection internet ko mati


Lelaki : eh? Kene ada internet ye? Rumah aku takde internet


Kawan : cis. Senget! Jari aku sampai kerinting kasiktau ko. Rupenye rumah ko takde internet


Lelaki : hehe. Takpe la. Nanti kalau aku pergi cyber cafe aku sms ko lagi ye. Thanx ye


Kawan : sokey bro, email ko ape weh?


Lelaki : www.akuhensem2011@yahoo.com. Ada kawan aku buatkan. Aku belum pernah bukak lagi


Kawan : laa.. Mana ade email pakai ‘www’ kat depan. Alahaiii..


Lelaki : www tu ape weh?


Kawan : Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

lawak gaduh~

Malik dan Sham merupakan dua orang sahabat baik.Mereka belajar di salah sebuah universiti tempatan di Malaysia. Mereka ni memang sangat rapat. X kira kemana pergi, pasti berdua.Apabila ada asigment atau kerja berkumpulan, mereka juga tetap berdua.Lebih kurang isi dengan kuku la hubungan mereka ni.




Tapi, bak kata orang tua-tua, sedangkan lidah lagi tergigit, macam tu la mereka.Suatu hari, mereka bergaduh besar atas sebab-sebab tertentu. Jadi mereka ni x bertegur sapa selama beberapa hari.




Setelah beberapa hari berlalu, hati Sham menjadi lembut sedikit.Kebetulan pula, esoknya, mereka ada tugasan yang perlu dibentangkan dalam kelas. Jadi Sham pun menghantar sms kepada Malik untuk mendapatkan feedback dan perhatian kepada Malik.




Smsnya lebih kurang begini:"Malik, esok kita kena bentangkan topik yang kita bincang hari tu ke?Yang kita bincang dengan Sarah n Emi?"




Malik menerima mesej itu tidak lama kemudian.Malik masih bengang dengan Sham.Dia malas menjawab pertanyaan Sham, tetapi menghantar mesej yang bertaip:"Aku takde kredit!!Ko tanye Emi n Sarah!!"




Malik menerima mesej tersebut, tapi tidak berputus asa lagi.Dia menghantar lagi mesej kepada Sham, yang lebih kurang begini tulisannya:"Kalu ko takde kredit, bagi aku nombor Emi or Sarah.Aku takde nombor dorang"




Sham membaca mesej tersebut.Dia berasa sangat marah."Xpaham paham lagi ke mamat ni".Kata Malik dalam hati.




Tapi dia membalas juga mesej tersebut:"Aku kata takde kredit, takde krdit la!!Ko tak paham bahase ke?Mane boleh send nombor dorang!!"