-=[ Selamat Datang ]=-

lawak di mahkamah~

Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah.. Hakim meminta pesalah berdiri untuk diperdengarkan tuduhan.

"Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji" kata hakim.

Dari belakang terdengar seseorang berteriak... "Kurang ajar!!!"

"Bawa bertenang. Ini Mahkahmah!" bentak hakim.

Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan...

"Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar dengan
menggunakan pisau..!"

"Celaka!!!" teriak pengunjung tadi.

"Tenang, Bawa tenang!" teriak hakim dengan keras.

"Dan.. saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen dengan menggunakan
parang..!" kata hakim.

"Keparat!!!" teriak pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.

Dengan geram Hakim berkata,
"Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda berperangai seperti ini.. saya akan
perintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina mahkahmah!"

"Maaf.. Yang Arif..." pengunjung tadi berkata...
"Saya adalah jiran pesalah... sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, Pisau dan
parang... dia selalu cakap... tidak ada!"

cara cover malu~

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....

kisah sedih~

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.


Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.


Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.


Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.


Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.


Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.


Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.


Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu

bace nih~

salam...sebenarnye kite de smething nk ckp ni...gnie..
1- erm,nk ckp cket neh kat awak.. bce NO 5
2- Mmmm..cmne ek nk ckp? Bce je la NO 8
3- nk taw ekh?erm,bce NO 9
4- huh,drpd pning bek bce jap NO 15
5- cmne ek nk ckp.. NO 17 je k..
6- kite nk ckp skg tp lbh bek bce NO 16
7- kite akn ckp tp bce dlu NO 2
8- yg kite nk ckp neh simple jek..tp bce dlu NO 4 k?
9- tak payah la bdebar2 cm2..cme bce jap NO 18
10- Blom lg la..bce NO 19 ye..
11- da pnt ekh? Bce jap NO 13
12- sbnrnye kite nk ckp klu.(ah bce no 3 la)
13- tgl cket jek lg bce NO 20
14- argh,pnt neh..bce NO 1
15- adush,dah pning dh ni.. bce la NO 6
16- lorh,msh ta phm lg kew? Bce NO 12
17- ades,nk ckp neh..bce NO 7
18- kite taktau klu awk phm..tlg bce NO 10
19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nt awk akn taw..
20- oke2,skg kite ckp..bce NO 14, tp slow2 jek k.....

lawak biri2~

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana , yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana , yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah , yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana , yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam , padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo , gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama....

lawak tadika 2~

  Suatu pagi di sebuah TADIKA KEMAS yang terletak di Jalan San Peng;

Cikgu : Baik anak-anak murid.... pagi ni kita akan belajar mengenal bunyi haiwan. Fairuz, macam mana bunyi ayam berkokok?

Fairuz : Kok kokk kokkkkk!!!!!

Cikgu : Bagus Fairuz... Amy, buat bunyi kucing pula.

Amy : Meowwww

Cikgu : Amboi, manja kucing tu ya.... Udin, buaya bagaimana pula bunyinya?

Udin : Fewittt! Hai, Cik Adik! Sorang jer...? Abang temankan ya...

Cikgu : (Dengan nada marah)Bunyi buaya apa tu???

Udin : Buaya darat cikgu!!

lawak suami isteri~

Ketika makan tengahari bersama, Pian berbual dengan Amat jiran sebelah rumahnya.


Pian: “Amat, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?”


Amat: “Ya betul…”


Pian: “Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?”


Amat: “Akhirnya dia berlutut di depan aku…”


Pian: “Wuahhhh hebat sekali kau… kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?”


Amat: “Isteri aku berteriak dengan kerasnya, “Hei kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!”


Pian: “@#$!%^&%”

Pikachu~


haha~
pikachu yang sebenar telah ditemui~

lawak tv warna~

Kamil ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..

Kamil : Awak ada jual tv warna?
Penjual : Ada.
Kamil : Kasi saya tv warna hijau......
penjual :@$#$$%%%

lawak isteri~

Sorang suami telah mengadu kpd tok kadi tentang perangai isterinya ;

suami : isteri saya jahat, tok. Dia pukul saya dgn kerusi.
kadi : betul ke kamu pukul suami kamu dgn kerusi?
isteri : betul tok!
kadi : apasal kamu pukul suami kamu dgn kerusi?
isteri : sebab saya x boleh angkat meja tok. Kalo saya bleh angkat meja, dah lama saya pukul beliau dgn meja.

lawak punk~

Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut... 


Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut... Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya..


"Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?"


Setelah menarik nafas panjang... org tua itu menjawab..


"Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk.. dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakak tua. jadi sekarang ini aku keliru... jangan2 kamu adalah anakku." ..

lawak menyelam~

Suatu hari seorang penyelam sedang melihat-lihat terumbu karang pada kedalaman 8 meter. Tiba-tiba dia melihat seseorang berada disampingnya. Ia terkejut kerana orang tersebut tidak memakai peralatan selam.


Penyelam lalu turun lagi sampai ke kedalaman 15 meter. Ia terkejut melihat orang yang tadi disebelahnya menyusulnya. Penyelam turun lagi, sampai 25 meter...cing eh..orang yang tadi turut mengikutnya sampai di 25 meter. 


Penyelam semakin hairan, dan ia mendekati orang tersebut sambil memberikan white board dengan pensil 2 B -nya dengan tulisan: " Hebat benar kamu...bagaimana caranya sampai ke kedalaman begini tanpa memakai alat selam?"


Orang itu mengambil white boardnya dan menulis: " Aku tenggelam la, Bodoh !!!!!!".

lawak nenek nyanyuk~

Pada suatu masa, gempar satu kampung apabila seorang nenek nyanyuk berusia lingkungan 70 tahun melahirkan seorang bayi. Oleh kerana pelik dengan kejadian itu, semua orang kampung melawat nenek tua itu. Apabila sahaja sampai, mereka menyatakan tujuan mereka datang. Nenek itu berkata:"Sekejap ya," lalu dia menghilangkan diri. Nenek tua itu melakukan perbuatan itu berulang-ulang kali. Orang kampung mula tidak puas hati lalu berkata: "Bila kami boleh jumpa bayi tu?" "Tunggu dia menangis dulu,"Kenapa pulak?" balas nenek itu," Sebab aku dah lupa mana aku letak bayi tu!"

lawak orang gila~

Tiga orang pesakit jiwa merancang melarikan diri dari Hospital Sakit Jiwa.



Gila 1: Bagaimana cara kita nak kuar dari spital nie.



Gila 2: Yerla..pagar spital nie tinggi sangat. Tak lepas kalu kita melompatnyer.



Gila3: Apa susah!? Kita sandar saja tangga di pintu pagar tu.Lepas tu kita panjat dan lompatla di seberang sana.



Maka tibala saatnya. Lalu Gila 1 mengarahkan Gila 3 untuk melihat keaadan di pintu pagar hadapan.



Gila 3: Nampaknya rancangan kita akan gagal!



Gila 2: Kenapa? Adakah pintu pagar dikawal ketat? 



Gila 3: Tidak. Cuma pintu pagarnya tak ada. Mana kita nak sandarkan tangga tu...

antara kapak dan anak~

Ada seorang orang asli, dia sangat sayang akan kapak kontotnya. Suatu hari dia menaiki perahu bersama anak kecil nya. Bila ditengah sungai perahu terbalik, kapak dan anaknya terjatuh ke dalam sungai. Dengan kuat dia menjerit "Kapak akuuuuuuu!". Terus dia menyelam mencari kapaknya.
Bila sudah jumpa terus dia nak ke darat. Lalu orang ramai yang melihat kejadian itu bertanya kepada dia kenapa tidak selamatkan anaknya.


"Kumbang!, kenapa tidak selamat anak kamu?". Lalu dia menjawab "Ala..anak aku nanti dua tiga hari dia akan timbul, tapi kapak ini kalau jatuh dia tak akan timbullll. Itu sebab aku selamatkan kapak ni!....".


Lalu orang ramai mengeleng2 kepala dan ada yang kata "Kamu gilakkkkkk!"..

lawak basuh kucing~

Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8 thn membeli sekotak serbuk pembasuh daripada sebuah kedai runcit. 

Pekedai: Banyak sangat ke pakaian nak dibasuh? 
Budak: Saya nak mandikan kucing saye 
Pekedai: Eh..tak boleh gunakan serbuk ni,ia terlalu kuat untuk kucing awak,silap-silap kucing awak mati nanti. 

Budak itu terus berlalu selepas membayar harga serbuk basuh itu. Seminggu kemudian budak itu kembali ke kedai runcit tersebut. 

Pekedai: Bagaimana kucing kamu? 
Budak: Mati! 
Pekedai: kan saye dah kata...! 
Budak: Tapi saye tak fikir serbuk itu yg membunuhnya. 
Pekedai: Habis siapa yg membunuhnya? 
Budak: Mesin basuh itu..ia berpusing terlalu laju..!.
Pekedai : @#%%$#

lawak polis~

Pada satu malam,polis ni bertugas la nak tahan org yg bwk menyalahi undang2..pastu dtg la seorang pemuda yg tidak membuka lampu depan..


Polis : Apsal tak bukak lampu depan? Bahaya tau tak

Pemuda : Alah, sana lampu situ lampu sini lampu...brapa banyak nak bukak lampu?

Polis itu agak kebengangan lalu memancitkan tayar si penunggang tuh

Pemuda : Apsal ni? mcm mana saya nak balik?

Polis : lah..sana angin, situ angin brapa banyak angin nak guna?

lawak sakit mental~

Seorang pesakit mental cuba membunuh dirinya dengan terjun ke dalam sebuah sungai tetapi berjaya diselamatkan oleh seorang pesakit mental yang lain pula. Tidak lama kemudian pesakit yang menyelamatkan temannya itu dipanggil oleh doktor yang merawat mereka.

Doktor: Hari ini saya ada dua berita baik utk awk.satu berita baik,dan 1 lgi berita buruk.
Pesakit mental: Apa dia doktor?
Doktor: Pertama sekali,tahniah kerana awak dah menunjukkan tanda-tanda hampir sembuh dpd penyakit awak kerana awak telah meyelamatkan seorang pesakit yg cuba membunuh diri semalam. Berita buruk pula, pesakit yg awak selamatkan itu didapati telah menggantung dirinya selepas awak selamatkan semalam. Malang sungguh.
Pesakit mental: Oh! begitu rupanya. Sebenarnya saya yang menggantungnya supaya dia kering dgn cepat..hee..
Doktor: @#^^%$%^$$^%$

lawak beruk~

Dalam 1 persembahan sarkas sekor beruk telah menyanyikan lagu gadis melayu. Selepas abis nyanyi lagu tu,semue orang bertepuk tangan. Selepas itu,buat kesekian kalinya, beruk itu menyanyikan sebuah lagu lagi. Belum sempat beruk itu menghabiskan lagunya,semua orang baling kasut..........Rupa-rupanya, si beruk itu telah menyanyikan lagu yang bertajuk KITA SERUPA...

kelebihan RM2..try la yek!!!!!

Ini satu informasi untuk orang yang pakai telefon Bimbit 1G or 2G mahupon 3G" Dengan menggunakan wang kertas dua ringgit sahaja anda boleh mendapatkan "full bar" untuk h/phone anda walaupun di mana anda berada. Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen utk "boost up" h/ phone bar untuk line 013, 016, 019, 012, 017 dan banyak lagi.


Caranya:


Step 1 : Offkan h/phone.


Step 2 : Lipatkan dan selitkan wang kertas RM2 yang telah dilipat menjadi sama size dengan bateri h/phone anda.


Step 3 : Onkan h/phone anda dan periksa bar pada h/phone anda.


Step 4 : Semasa h/phone anda on, pastikan ID. 10T tertera pada display h/phone anda.


Step 5 : Your h/phone now will display full bar network coverage wherever u are.


Important Note :- Sekiranya ID.10T
tidak tertera pada display h/phone anda, sila periksa sebuah satellite yg besar di belakang wang kertas RM2 tersebut samada satellite tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.


Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk2 sikit h/phone anda dengan duit RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong terjatuh yang mungkin menyebabkan bar h/phone anda tidak berubah.


Kalau masih tidak berjaya hentakkan handphone di dahi anda 10 kali... ... mungkin tertera kod ID.10T Yang mana dah bertukar jadi IDIOT.. wahahha~
Anak: Mak ... boleh saya berenang?

Mak: Tak boleh nak, air tu dlm(sambil menunjuk ke arah laut)

Anak: Ayah tu boleh berenang.. Dia pon bukan pandai berenang

Mak: Nak kau mesti ingat , ayah kau ada insuran! Beratus ribu ringgit lagi!!!

kedai dua ringgit~

RYO: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu? 


AKU: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit 


RYO: @#%$#@%

lawak batuk~

suatu malam ketika tengah tengok tv......


RYO: Amir !!, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk! 


AKU: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi. 


RYO: @#%$#

lawak tadika~

Seorang Guru Tadika bertanya kepada anak muridnya...
Guru : "Siapa didalam kelas ini yang mengenal nombor?"
Razif : "Saya Cikgu"
Guru : "Apa betul awak kenal nombor-nombor?"
Razif : "Ya Cikgu.. Saya telah belajar dengan ayah"
Guru : "Baiklah.. mari kita lihat...selepas 3.. berapa?"
Razif : "4"
Guru : "Bagus... Selepas 6?"
Razif : "7"
Guru : "Ya.. Bagus.. selepas 9?"
Razif : "10"
Guru : "Ya.. Bagus sekali... nampaknya ayahmu benar-benar mengambil berat tentang pelajaran kamu.. Okeylah.. Akhir sekali.. selepas sepuluh..berapa?"
Razif : "Jack, Queen, & King"

Cakap betul pun salah -.-

Seorang boss mempunyai hubungan sulit dengan setiausahanya. Suatu hari, selesai waktu pejabat, mereka terus ke rumah setiausaha tersebut. Mereka bergurau senda, bermesra, dan ber...um,ah'e'um'...(faham2 aje lah) sampai akhirnya mereka tertidur. Boss tersebut tersedar pada jam 8 malam. Kelam kabut dia menyarung kembali pakaiannya. Pasti isterinya akan bertanya ke mana dia pergi. Dengan lantasnya dia menyuruh setiausahanya membawa kasutnya keluar, mengotorkan kasut itu dengan rumput dan lumpur. Selepas menyarung kasutnya yang kotor itu, boss itu pun segera pulang ke rumah. Di rumah, isterinya sedang menunggu di muka pintu dengan muka yang marah..."ke mana abang pergi hah?..malam baru ingat nak balik?. "Abang tak mahu berbohong...sebenarnya abang ada hubungan sulit dengan setiausaha abang. Abang ke rumahnya tadi. Kami tertidur sehingga malam" jelas boss itu, menceritakan hal yang sebenarnya. Si isteri memandang dari atas ke bawah..terpandang kasut suaminya yang kotor. "Bohonggg....ni mesti abang pergi main golf la kan?

Daun Pisang

CIKGU : Joe cube terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
JOE : Untuk mencari makanan cikgu.
CIKGU : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
WATI : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya cikgu.
CIKGU : Bagus! Sekarang giliran Ali pula. Apakah tugas daun pisang?
ALI : Untuk membungkus nasi lemak cikgu.
CIKGU : Uiik !! lagi Bagus!.. berdiri atas meja sampai habis kelas....

kenyataan~

Bila cikgu tiada dlm klas : 
Bila cikgu panggil : 
Bila kena hadiri kokurikulum : 
Bila waktu rehat : 
Bila dapat homework dari cikgu : 
Bila tengah cari idea untuk wat krgn :
Bila homework yang cikgu bagi susah nak buat : 
Bila otak jam... : 
Bila member banyak songeh dan berlagak pandai : 
Bila member tukar fikiran saat akhir : 
Bila cikgu suruh study lebih masa : 
Bila cikgu suruh datang skola waktu cuti  : 
Bila dah terbuat silap pada homework yang cikgu bagi :
Bila dapat CUTI :  HAPPENING!!!

hihihi~

Pada suatu hari yg tenang..seorg suami sedang relaks sambil duduk membaca suratkhabar…..tiba-tiba dtg si isteri membawa tudung periuk….PANG!!….diketuknya atas kepala si suami…..si suami yg terpinga-pinga…..bertanya….. “Aper hal ngan awak nih...….kenapa awak ketuk kepala saya??”….si isteri pun menjawab….”nah! awak tengok nih….” sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama….’Mary’….si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary….dgn tenang si suami menjawab…. “ooo….itu nama kuda yg saya bertaruh semalam…..namanya Mary…..” si isteri pun agak puas hati dengan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur….. Selang seminggu berlaku indiden ketuk mengetuk… ketika itu si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu…. PANG!!!…. kali ini dengan lebih kuat lagi!…. si suami pun bertanya…. “aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???” dengan selamba si isteri menjawab….”kuda awak telefon!!”….. P/s: Lain kali nak tipu bini tu cariklah alasan yang lebih selamat…

tikus~

tikus ini lah yg ku cari2 selama ini~
akhirnye dapat gak~
tikus ni suke ngabis kn letrik~
hahahaha~