-=[ Selamat Datang ]=-

lawak gaduh~

Malik dan Sham merupakan dua orang sahabat baik.Mereka belajar di salah sebuah universiti tempatan di Malaysia. Mereka ni memang sangat rapat. X kira kemana pergi, pasti berdua.Apabila ada asigment atau kerja berkumpulan, mereka juga tetap berdua.Lebih kurang isi dengan kuku la hubungan mereka ni.




Tapi, bak kata orang tua-tua, sedangkan lidah lagi tergigit, macam tu la mereka.Suatu hari, mereka bergaduh besar atas sebab-sebab tertentu. Jadi mereka ni x bertegur sapa selama beberapa hari.




Setelah beberapa hari berlalu, hati Sham menjadi lembut sedikit.Kebetulan pula, esoknya, mereka ada tugasan yang perlu dibentangkan dalam kelas. Jadi Sham pun menghantar sms kepada Malik untuk mendapatkan feedback dan perhatian kepada Malik.




Smsnya lebih kurang begini:"Malik, esok kita kena bentangkan topik yang kita bincang hari tu ke?Yang kita bincang dengan Sarah n Emi?"




Malik menerima mesej itu tidak lama kemudian.Malik masih bengang dengan Sham.Dia malas menjawab pertanyaan Sham, tetapi menghantar mesej yang bertaip:"Aku takde kredit!!Ko tanye Emi n Sarah!!"




Malik menerima mesej tersebut, tapi tidak berputus asa lagi.Dia menghantar lagi mesej kepada Sham, yang lebih kurang begini tulisannya:"Kalu ko takde kredit, bagi aku nombor Emi or Sarah.Aku takde nombor dorang"




Sham membaca mesej tersebut.Dia berasa sangat marah."Xpaham paham lagi ke mamat ni".Kata Malik dalam hati.




Tapi dia membalas juga mesej tersebut:"Aku kata takde kredit, takde krdit la!!Ko tak paham bahase ke?Mane boleh send nombor dorang!!"

kitar semula selipar~

Ho ho.. sekironyo selipar korang dah putuih korang bleh repair. Kalau dah tak bleh repair jangan korang buang plak. Bagi yo kek eden pasal eden ni penyimpan setio selipar. Sekironyo korang tak nak bagi eden korang bleh la cubo resepi selipar eden ni yo.. maksud eden selipar tu buleh di gunokan untuk di buek bondo lain seperti..




YANG PERTAMO
Di potong – potong buek gotah pemadam.




YANG KEDUO
Dicairkan balik pastu di campurkan dalam susu gotah




YANG KETIGO
Di jadikan senjato sebagai pelompang pado balak yang main kayu tigo




YANG KEOMPEK
Di jadikan sebagai alat menghidupkan api




YANG KELIMO
Di jadikan senjato jugak untuk membaling anjing




YANG KEONAM
Di cicang halus – halus untuk menggantikan kekabu untuk buek bantal




YANG KETUJUH
Di jadi sampan mainan maso banjir




YANG KELAPAN
Di ukir elok – elok jadikan rubber stamp atau cop kain batik atau lukisan dinding atau lukisan kek sekolah atau sonang cakap sukoti korang la nak buek apo pun pasal selipar tu korang yang punyo ho ho ho ho ho..

kata-kata orang pokai~

Pokai bererti kosong, takde duit. Korek kocek kanan kain putih yang keluar.. seluk kocek kiri abuk plak yang keluar. Orang tengah pokai pun pandai berkate-kate dan antare kate-kate dia ialah:-






KATA - KATA ORANG TENGAH POKAI 1


- "Pak cik bulan ni saya tak boleh nak bayar duir sewa rumah la, saya bayar bulan depan boleh kan? Kan? Kan? Pak cik baik kan? Kan pakcik kan?






KATA - KATA ORANG TENGAH POKAI 2


- " Mat aku bukan tak nak beli tempeyek ko ni, aku teringin jugak nak beli tapi kalau ko kasi aku ambik dulu, cukup bulan bayar aku ambik la."






KATA - KATA ORANG TENGAH POKAI 3


- " Cantik kan kasut ni kat kaki aku, kalau la aku ada duit macam ko Ajis... aku dah sambar satu dah ni."






KATA - KATA ORANG TENGAH POKAI 4


-" Takpe la korang aje la pegi makan, aku tak lapar pun, lagipun aku tengah diet ni, korang pegi la yek!"






KATA - KATA ORANG TENGAH POKAI 5


- mamak roti kosong satu, air suam satu, kalau kena cash kasi air suam suda la mamak..”






KATA - KATA ORANG TENGAH POKAI 6


- "duit nak bayar hutang ko ni dah ada dah, tapi kalau ko kasi tanguh 2,3 hari lagi, lagi cantik."






KATA - KATA ORANG TENGAH POKAI 7


-" awak, kita tukar plan pegi shooping kat pasar malam je la... kat sana baju lagi cantik-cantik, murah-murah, tak payah nak membazir-bazir."






KATA - KATA ORANG TENGAH POKAI 8


- "Betul aku memang takde duit nak kasi pinjam kat ko, betul, sumpah, tapi kalau ko nak jugak ko kira la syiling satu sen ni.. takat singgit dapat tu”sss






KATA - KATA ORANG TENGAH POKAI 9


-"betul saya janji nak makan kat hotel ngan awak tapi esok je la ye, arini tak sesuai la."






KATA - KATA ORANG TENGAH POKAI 10


-"Aku tak kira, aku nak ko bayar sekarang jugak hutang aku. Aku tak kira walaupun 3 ringgit tapi buat masa sekarang ni 3 ringgit tu besar untuk aku tau."

khas untuk semua kawan2 yang bergelar pelajar...kalau malas study ini yang akan anda dapat~

Can study continue STUDY
Can't study, work FACTORY
Cannot rely on CHARITY
Earn a little SALARY
Just enough 4 daily ROTI
Go work no WIRA but LRT.
Colleagues formerly FRIENDLY
Daily treated to KOPI
Now gradually get CRAZY
Behind me say I LAZY.
Boss has no SYMPATHY
Work always must HURRY
Say I not enough BUSY
Often ask me do OT
Midnight go back by TAXI
TAXI surcharge KILLING ME
Now i pokai and NO MORE MONEY
Borrow from along kena EXTRA FEE
Coz money is never FREE
Boy/girl-friend go STEADY
Serious, and then MARRY
Ceremony and PARTY
joker-friends give PANTY
No money sure no HONEY
10 months later be DADDY
Wife at GH birth a BABY
Monthly pay back RHB
Earn not enough FEEL GUILTY
Nak jump down suicide and MATI
No money 4 funeral how to BURY
Because MALAYSIA BOLEH. SEMUA JADI.


*tiada kena mengena yang hidup atau yang MATI.

punca histeria....edisi siasat~

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adlah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina danindia . Di mana salah nya........Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.


kes histeria disekolah kat BSB......


Misteri di Asrama Puteri terjawap!


Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu.


Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang.


Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik.
Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!!


Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.


"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!"
Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam"


Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...


""Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan
Tak Menarik Hati, Tiada Memikat"
"Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik
Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK...""


""Aduhai... kekekeekeeee...""

MANUAL UNTUK MAT SALLEH CAKAP MELAYU~

1. BELACAN = BELL - ARCH - UN


2. TEMPE = TEMP - AIR


3. CENCALUK = CHANGE - CHARGE- LOOK


4. JERING = JAR - INK


5. PULUT PANGGANG = PULL -OUT PUNK - GANG


6. AYAM PERCIK = ARE - ARM - PERT - CHECK


7. KUIH KODOK = COW - EIGHT COW - DOG


8. SIPUT SEDUT = SHIP - OUT SAD - OUT


9. PULUT KUNING = PULL - OUT CORN - INK


10. KUIH KARIPAP = COW - EIGHT CARRY - PUB


11. LEMPENG PISANG = LAMP - PINK PEACE - LUNG


12. PEKASAM = PEAK - A - SOME


13. GULAI KAMBING = GOALLY - COME - IN


14. SIRAP = SAY - RUBB


15. GULAI LEMAK = GOAL - LIE LAMP - MARK


16. CILI PADI = CHILD - LY - PADDY

lawak perokok~

Ajoi berjumpa doktor kerana batuk-batuk




Ajoi: Selamat pagi doktor…


Doktor: Ya.. selamat pagi, boleh saya bantu ?


Ajoi: Begini doktor, saya punya masalah sesak nafas dan batuk-batuk.


Doktor: Oh begitu… hmm awak seorang perokok?


Ajoi: Betul doktor, saya memang perokok.


Doktor: Satu hari berapa batang awak hisap? dan sudah berapa lama awak merokok ?


Ajoi: 1 hari lebih kurang sebungkus dan saya merokok sudah 15 tahun.


Doktor: Anda tahu berapa kos yang awak keluarkan dalam 1 hari ?cuba kira, satu hari dikali dengan 1 bungkus rokok dikali 365 hari (setahun) dikali 15 (tahun)…sambil membuka tingkap, doktor tersebut menyambung….”anda lihat banglo mewah di seberang jalan sana..? “, bayangkan encik, kalau dari dulu anda tidak pernah merokok selama 15 tahun dan wangnya dikumpulkan, mungkin anda sudah mampu mempunyai banglo mewah macam tu. (dengan nada ceramah)....


Ajoi: Doktor tak merokokkan?


Doktor: ooh..tentu tidak (dengan bangganya !)


Ajoi: Doktor ada banglo mewah macam tu?


Doktor: Takdelah, saya tak mampu…kenapa?


Ajoi : Kalau doktor nak tau, yang banglo mewah doktor tunjuk itu memang saya punya banglo…sedangkan doktor yang tak hisap rokok pun tak mampu nak beli..huhu


Doktor: Erkk..salah orang aku ceramah rupanya

lawak ujian~

Tiga lelaki sedang bersiap untuk mengikuti ujian akhir untuk menjadi agen CIA. Pegawai bertugas menyatakan yang didalam ujian akhir mereka ini, mereka dikehendaki membunuh isteri masing2. Pegawai itu memberi senapang pada Abdul dan kemudian masuk ke bilik sebelah dimana isterinya berada. Beberapa minit kemudian lelaki itu keluar dan mengatakan dia terlalu cinta kepada isterinya, tak kuasa ia membunuhnya. 




Amin memasuki bilik yang lain dengan senapang untuk membunuh isterinya. Lima minit kemudian dia keluar dan menyatakan.. betapapun dia ingin jadi agen CIA, dia tak sanggup membunuh isterinya sendiri. 




Kemudian pegawai itu memberikan senapang kepada Akbar dan kemudian masuk bilik yang mempunyai isterinya... Setelah 15 minit mereka semua mendengar bunyi tiga kali tembakan. Kemudian setelah beberapa minit.. lelaki itu keluar dengan nafas termengah-mengah dan berpeluh... Pegawai itu bertanya apa yang terjadi.. dan Akbar menjawab "Tuan bagi senapang yang ada peluru kapur.. aku tembak2 tak mati, jadi aku terpaksa mencekik leher isteriku untuk membunuhnya.."