-=[ Selamat Datang ]=-

tahukah anda???~

Kalau dengar lagu Cinta Muka Buku oleh Najwa Latiff, Harap-harap jangan ikut nyanyi sekali la ya, sebab ada bait lirik yang boleh bawa kita ke arah ttuttttt... kalau boleh tak payah dengar langsung. Nih liriknya: ~ Banyak persoalan yang berada di minda Banyak tanda tanya dan juga kata cinta Otak kata jangan hati pula kata ya Hidup tak menentu adakah ini cinta Banyak soalan banyak juga jawapannya Kata hati dan rasa tak dibiar saja Setiap yang berlaku ada kebaikannya Harus pejam mata dan cuba apa saja ♫ OK, tipu jer :P Amboi, menyanyi ikut rentak nampak? ƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑ

lawak latihan kebakaran~

Apabila beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu Seminar Kebakaran & Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguiser) dengan begitu berminat sekali. "Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan," pegawai itu menerangkan. "kemudian tekan di sini untuk mengeluarkan 'foam'nya." terang pegawai itu lebih lanjut. Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan telah dipilih untuk mengawal kebakaran di tempat letak kereta. Disebabkan kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam api tersebut. Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya, "Ingat !, seperti bom tangan.". Seperti timbul satu keyakinan baru kepada pekerja restoran nasi kandar itu, ia pun dengan segera mencabut pin dan melontarkan alat pemadam api itu ke dalam kawasan kebakaran tersebut.

lawak conteng~

Ayah : Sampai hati ko buat gini kat kami Milah. Apa salah ayah sampai camgini ko buat kat kami? Mak : Mak malu Milah. Malu mak dgn org kampung ni. Semuanya cakap yg bukan2 pasal keluarga kita. Huhuhu.. T.T Milah : Ampunkan Milah mak, ayah. Milah janji tak buat lagi. Huhuhu.. ... T.T Mak : Janji? Dulu pun ko pernah gak menconteng arang di muka kami. Tapi disebabkan ko ni anak kesayangan kitorang jadi kami pendamkan saja kemarahan kami ni. Tapi kali ni kau mmg dah melampau Milah. Huhuhu... Milah : Sebab mak ngan ayah diamlah Milah ingatkan mak ngan ayah x marah ngan Milah. Sebab tu la Milah buat lagi. Huhuhu.. Ayah : Tapi masalahnye kali ni ko pakai PEN MARKER! PERMANENT lak tu! Dulu pakai arang sekali basuh dah hilang. Tapi yg ni ko tengok, sampai sekarang x hilang2 lagi kat muka kitorang! Ketua kampung siap boleh terguling2 kat tengah jalan sbb tergelak besar bila dia tengok. Tok imam pun sama gak, siap perli lagi 'Orang Islam haram buat tatu'.

lawak kejar keretapi~

Ajoi,Sumardi dan Pancis sedang menunggu keretapi di stesyen keretapi Seremban. Diaorang bertiga kalau dah berjumpa macam-macam cerita di borakkan sehingga terlepas keretapi yang hendak dinaiki.

Apabila perasan keretapi dah bergerak, mereka bertiga berlari pecut mengejar keretapi tersebut.

Macam filem stunt, Sumardi dan Pancis berjaya juga lompat dan menaiki keretapi tersebut tetapi Ajoi tak dapat naik.

Walau macamanapun Ajoi kelihatan ketawa terbahak-bahak sampai terguling-guling tepi landasan. Pekerja KTM yang melihat aksi mereka dari tadi berasa pelik dan menghampiri Ajoi..

Pekerja KTM: “Kenapa encik ketawa? Bukan ker encik tak berjaya mengejar keretapi tadi?

Ajoi:”Sebenarnya yang nak naik keretapi tadi saya seorang, diaorang berdua hanya hantar jer…wakakakak”

lawak siapa hang tuah~

pada suatu hari di skolah,cikgu menanyakan soalan sejarah kepada muridnye... cikgu:ajoi siapa kah hang tuah? ajoi:m.nasir cikgu.. cikgu:ape kena dengan kamu ni? tak belajar sejarah ker? ajoi:relax lah cikgu, kit kat kan ade....(sambil menyeluk sakunya dan memberi kit kat nye kepada cikgu..) cikgu:#$@$%^&*(&() ajoi:betul lah kan m.nasir.

lawak email~

Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di Microsoft. Pegawai disitu telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai.. Lalu dia mengatakan "Anda diterima bekerja... berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan." Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email .. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja.. Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki USD 10. lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur... Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja... Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di US... Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya. .. Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya. ... Setelah bersetuju... Penjual insuran berkata.. "Minta email Puan..." "Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email" jawab wanita itu Penjual Insuran terkejut dan berkata "Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email. Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email." Waita itu menjawab: "Jadi tukang Sapu di Microsoft"