-=[ Selamat Datang ]=-

Kisah seorang petani~

Seorang petani sedang duduk di tangga rumahnya sambil menghisap berkotak-kotak rokok dan merenung jauh ke padang rumput.Seorang jirannya lalu di depan rumahnya dan terus menegurnya. Usup : Ai… Daud kenapa dengan ko ni? muke sedih jer. Si petani melihat jirannya dengan nada sedih dan termenung Daud : Ntah la usop oi,susah aku nak cakap pasal masalah aku ni. Si Usop duduk mendekati si daud ingin mendengar cerita ape masalah yang dihadapi oleh si daud. Usop : Apanye yang susah ko nak cakap?Teruk sangat ke masalah ko ni?sampai berkotak-kotak rokok ko hisap hari ni. Daud : Macam ni, seperti biasa la kan.Aku ke kandang lembu aku tu nak perah susu.Perah punya perah, masa tu dah dekat penuh satu baldi dah.Tiba-tiba kaki kanan si lembu aku ni g tendang baldi susu tu.Habis tumpah semuanyer. Usop : La pasal tu je ke? ko monyok sampai camni sekali kenape? Daud : Ntah la Usop, susah aku nak cakap. Usop : Ape die yang susahnya?cakap je la. Daud : Aku ikat la kaki kanan lembu aku tu kat tiang dengan tali.Pastu aku sambung perah lagi.Dah hampir penuh satu baldi, Kaki kiri lembu tu plak tendang baldi susu tu.Tumpah lagi. Usop : Haaa kena tendang lagi?? Daud : Ntah la Usop susah aku nak cakap kat ko dah. Usop : Abis tu?ko watpe lagi kat lembu tu? Daud : Aku ikat la kaki kiri lembu tu kat tiang plak.Pastu aku sambung perah lagi susu tu.Dah nak hampir penuh je, ekor si lembu tu libas lagi skali baldi susu aku.Tumpah lagi susu tu!!. Usop : Patutla ko monyok je, tapi aku tengok teruk sangat ko ni.Takkan pasal susu tumpah ko sampai berkotak-kotak hisap rokok? Daud : Tak la usop, susah aku nak cakap kat ko ni. Usop : Adooiiii, asyik cakap susah nak cakap jer ko ni.Habis tu ko watpe lagi kat lembu ko tu?ko perah lagi ke susunyer? Daud : Tali aku dah habis guna wat ikat kaki lembu tu.Jadi aku guna la tali pinggang aku ni wat ikat ekor lembu tu. Seluar aku jadi longgar bile takde tali pinggang. Bile seluar aku terlondeh je, tiba2 bini aku datang. " Bini: Abang buat apa tu!!!!!!! (Bagi pelempang). Dengan lembu pun ada nafsu. Ceraikan saya! " Daud: Tak sangka pulak aku benda ni boleh jadi macamtu kat aku. Usop: ????

Penurunan Harga Minyak


Terkini!!!
Penurunan Harga Minyak.
Barisan Nasional hari ini mengesahkan bahawa semua harga minyak akan diturunkan sebanyak 50 sen se liter, di semua stesen minyak yang terletak di negeri negeri yang ditadbir oleh BN. Negeri negeri yang terlibat adalah semua negeri kecuali Kelantan,Pulau Pinang dan Selangor
Perkara ini disahkan oleh setiausaha MCA negeri Johor, selepas selesai sahaja Mesyuarat Majlis Presiden MCA yang berlangsung di Johor sebentar tadi.
Majlis Presiden dalam Mesyuarat nya petang tadi, sebulat suara bersetuju untuk menghapuskan cukai yang dikenakan pada premis premis syarikat minyak, dengan itu harga minyak manpu diturunkan sebanyak 35 peratus untuk setiap kategori akan berkuatkuasa pada pukul 12 malam ini.
Sumber itu juga menegaskan, penurunan harga tersebut juga akan dapat dinikmati oleh semua kenderaan yang mengisi minyak di stesen tersebut walaupun tidak menpunyai no pendaftaran negeri BN.
Berikut adalah senarai minyak yang terlibat dengan penurunan harga,
1.Minyak Angin
2.Minyak Senyonyong
3.Minyak Gamat
4.Minyak Dagu
5.Minyak Pengasih.
kehh..kehh..kehh jngn marah arr.... 

23 PERKARA JANGAN DILAKUKAN KETIKA MEMANDU

1. Tidur dengan nyenyak.
2. Membebel tak sudah-sudah.
3. Menyumpah-nyumpah trafik light dan polis trafik.
4. Menghidupkan lampu isyarat tak tentu hala.
5. Membunyikan hon sesuka hati.
6. Menelefon kekasih masing-masing sampai terlentuk-lentuk.
7. Buka cermin tingkap dan meludah sesuka hati.
8. Menunjukkan penumbuk kepada pemandu lain.
9. Melanggar tiang lampu isyarat.
10. Masuk ke lorong bertentangan.
11. Menjerit-jerit tak tentu hala.
12. Menukar seluar.
13. Mandi sambil berkemban.
14. Menggosok gigi dengan air enjin.
15. Meminjam telefon bimbit pemandu lain.
16. Mengurat pemandu lain dan pejalan kaki.
17. Makan sirih.
18. Memesan teh tarik di gerai tepi jalan.
19. Duduk di tempat duduk penumpang.
20. Menari-nari terutama bila dengar lagu Hindustan.
21. Mengorek-ngorek lubang hidung dengan tombol gear.
22. Membaiki komputer yang rosak hardisknya.
23. Menelefon boss anda dan menyatakan anda menyampah dengannya.