-=[ Selamat Datang ]=-

jenis-jenis rambut~

1) RAMBUT LURUS bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan 2) RAMBUT KERINTING TEBAL kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masala...h diri, tidak suka termenung 3) RAMBUT KERINTING NEGRO bijak, ego, cemburu buta, romantic, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah 4) RAMBUT IKAL MAYANG bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu. 5) RAMBUT HALUS/LEMBUT bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh. 6) RAMBUT SIKIT bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil. 7) RAMBUT PERANG kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah. 8) RAMBUT TEBAL bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan dan pandai mengambil hati seseorang. 9) RAMBUT KUSUT sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan. p/s: malas sikat rambut 10) RAMBUT BERUBAN kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri 11)TIADA RAMBUT macam mana nak kate ye....kesian 12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN itu rambutann... Huahuahuahua...jangan marah...gerammmm tak perrrrrrrrrr

lawak memilih~

Aliff : Meor, kau ni bila nak kahwin? Dah tua bangka dah... Meor : Aku belum jumpa perempuan idaman aku lagi Aliff : Kau ni mesti memilihkan, nak yang cantik je... Meor : Aku tak kesah cantik ke buruk, yang penting kentut dia wangi... Aliff : ????

lawak tukar tempat~

Satu hari Ajoi perlu ke KL untuk menduduki satu temuduga. Ajoi berniat untuk tidur di rumah member kamceng dia, Sumardi. Pada hari yang dijanjikan Ajoi pun menaiki keretapi dari Seremban manakala Sumardi menunggu dia di KL Sentral. Setelah sampai, Ajoi turun dari keretapi tetapi muka dia sangat pucat, almaklumlah itulah first time dia menaiki keretapi. Sumardi: Salam Joi, sahabatku! Pesal muka lu pucat semacam jer? Ajoi: Aku tak biasalah naik keretapi. Lepas tu aku duduk menghadap ke arah bertentangan, kepala aku pening la bro. Sumardi: Sian lu, apasal tak tukar tempat duduk dengan orang yang duduk depan ko? Ajoi: Aku nak tukar jugak tapi tak boleh.. Sumardi: Naper tokleh? Dia tak kasi ker? Ajoi: Masalahnya depan aku takde orang duduk, camner aku nak ajak tukar tempat… Sumardi: Grpppdkkk..!

cara mendapat panggilan percuma~

Tadi malam, saya dapat idea untuk mencuba menggodek Handphone saya, untuk mencari cara-cara mengenakan telco2 yang kapitalis itu. Dan tanpa diduga, SAYA BERJAYA!!! SAYA BERJAYA MENEMUKAN CARA PANGGILAN PERCUMA DENGAN TELCO MANA2 PUN!!! Sebenarnya, saya sedikit enggan memberikan trick yang saya jumpa ni, Ilmu tu, takkan nak bagi percuma kan? Tapi setelah saya fikir-fikir, apalah erti kehadiran saya di dunia ini jika untuk ilmu saja (bukan harta) saya enggan berkongsi… Jadi, saya cuba menuliskan langkah-langkah ringkas yang saya jumpa pada malam tersebut. Hanya pesanan saya, tolong jangan sebarkan info ini kepada orang lain. Kalau sampai ada pihak berkuasa atau telco yang mengetahuinya, saya takut cara ini akan diblock, dan gagallah kita semua calling2 percuma… Saya ingatkan, tips ini dapat digunakan untuk semua nombor, bukan hanya 1 telco tertentu. Boleh digunakan tanpa had waktu. Boleh digunakan siapa saja asal celik teknologi. Okeylah, daripada saya boring-boring ceramah, berikut ialah langkah-langkahnya: Kredit minimum di HP anda harus RM0.50 atau lebih Pastikan nombor telefon yang akan dipanggil nanti sedang aktif Pastikan anda mengetahui nombor HP kawan anda tersebut Salin 5 digit pertama dan 5 digit terakhir nombor telefon yg ingin di dail Buka sms kosong di HP anda Taipkan nombor telefon tujuan anda Langkah terakhir taip sms dengan isi seperti berikut… . : : : : : : : : : : : : : : “Telefon aku sekarang, PENTING!!”

lawak kahak~

Ada tiga orang lelaki suka betul berkahak..kejap kejap harghhh ptuihhhh.!! Kejap lagi harghhhh pttuuuiihhhhh..!!!!!!!!! Sudahla berlendir, hijau..banyak pulak tu..Suatu hari, tiga lelaki nie terfikir 1 rancangan yang tak pernah dibuat dek orang..diorang nie nak berlawan berkahak. Hmmm…apa lagi ketiga-tiga mereka bersetuju dengan idea tersebut.. “Okey, aku mula dulu. Confirm korang berdua tak boleh lawan punya.” Kata A. Lalu dia pun mengeluarkan kahak yang berkapuk di kerongkongnya. HHRRRRGGGHHHHH……..KHHRRGUUUKKKKK…….PTTUIIIHHHHHHHHHHH..!!!!! Selonggok kahak hijau bertempek pada tembok. Besar duit lima puluh sen. “Eleh..!! Ingatkan banyak..ciput jer..” kata B lalu ketawa berdekah-dekah. Sekarang giliran B pula untuk berkahak. Dia pun mengeruh-ngeruh, mengeluarkan segala kahak yang berkumpul di dada dan kerongkong nya, lalu GRRHHHDDDD…KKKHHPOOOOOOKKKK….TUUIIIHHHHH,,!! Besar muka cawan.!! Hilang terus kahak A tadi ditempeknya.. Kini giliran C pula..sambil tersenyum, C sedut kahak-kahak hujau A dan B tadi,, ZZSSRRUUTTTTTT..!! kemudian HHHGGRRKKKKKKK ( berkahak semula campur dengan kahaknya) dan PTTUIIIIIHHHHHHHH…!!! BESAR PINGGAN..!! A dan B terus pengsan..hikhikhik..!!

10 Cara Menakutkan Jiran Anda~

1.) Kat halaman belakang, gali 2-3 batas berbentuk kubur kemudian letakkan papan dan kain putih. Bila jiran tegur nanti, kata “Takde apa-apa tu. Saya nak tanam sayur… .nak berkebun”, sambil menyiram air mawar keatas ‘kubur tipu’ tu… . lagi wangi lagi real… 2.) Bila jiran tengah menonton TV di ruang tamu mereka, ambil kerusi malas / kerusi plastik dan turut serta menonton TV mereka, tapi dari halaman mereka dan dengan menjengok2 tingkap mereka. Sure mereka seriau, especially kalau mereka tengah menonton cerita ‘Pontianak Harum’. Kalau boleh, pakai jubah putih dan lakukan pada malam hari. 3.) Pesan pizza tapi alamatkan ke rumah jiran anda. Setiap kali buat pesanan, suruh orang delivery hantar ke rumah mereka. Kalau jiran complain, kata anda takde telefon jadi kena pesan ke alamat mereka… 4.) Setiap Subuh, alihkan tanaman dan pokok bunga jiran anda daripada tempat yang asal. Lakukan setiap pagi supaya tanaman / pasu bunga mereka sentiasa beralih-alih. Kalau mereka hairan, kata “Kuat berjalan betul pokok2 awak nih!”. 5.) Minta kebenaran mereka untuk membuang sampah di tong sampah mereka. Jika mereka tanya kenapa, kata je “Tong sampah saya penuh dengan mayat.. eh.eh… sampah… hehehe”. 6.) Bila menyidai baju di ampaian rumah, sidai sekali surat khabar, majalah dan buku2 anda. Jika jiran tengok, kata je anda tak suka membaca bahan bacaan kotor. 7.) Suruh isteri dan anak2 anda mmanggil anda ‘Duli yang maha mulia seri paduka Zorgon’ depan jiran2. Jika jiran nak tahu kenapa, kata je anda berasal dari kerabat diraja Marikh. 8.) Buat open-house dan jemput jiran2 anda. Tapi hidangkan kasut, selipar, terompah, boots dan kasut high-heels sebagai hidangan utama. Buat barbecue di halaman dan panggangkan selipar jepun anda. Cadangkan kepada jiran yang anda pun boleh tolong mereka panggang kasut mereka sekali. 9.) Bila jiran datang ke rumah anda, jangan bagi mereka duduk diatas kerusi. Suruh duduk kat lantai, walaupun ternyata ada sofa dan banyak kerusi lain. Kata yang kerusi2 kat rumah anda ada jerangkap samar (landmines). Kalau ke rumah mereka, buat benda yang sama. Kata anda tak nak duduk, takut meletup… 10.) Buat patung boneka drp kain yang serupa macam muka dan pakaian jiran anda. Jika dia terkejut, kata je anda rasa lonely dan boneka tersebut membuat anda rasa jiran anda sentiasa disisi dan tak lonely. Sure dia horror… .!

Kebaikan Rokok Yang Mesti Kita Ambil Tahu~

Pada kotak rokok (kecuali rokok seludup) akan ada tertera perkataan “Amaran Kerajaan Malaysia, merokok merbahayakan kesihatan” , gambar-gambar ngeriss seperti kaki, janin, mulut dan sebagainya. Perokok pasif iaitu orang yang tidak menghisap rokok tetapi menghidu bau asap rokok dari rakan, suami dan sebagainya juga terdedah kepada penyakit kanser, apa lagi yang menghisap rokok. Pendek kata,merokok adalah merbahaya kepada kesihatan. Tetapi ada penyelidikan yang mutakhir mengatakan yang sebaliknya pula. Menghisap rokok digalakkan pula kerana menghisap rokok dikatakan menghisap rokok ada kebaikannya tersendiri. malah menurut kajian statistiknya ada hubungan positif antara menghisap rokok dan kehidupan kita. Dalam penerbitan jurnal terkini beliau, Ajoi mengatakan bahawa ada 3 kebaikan menghisap rokok: 1. Awet Muda; semakin banyak menghisap rokok semakin awet muda(ingat, hubungan positif tadi) Oleh kerana merokok mengganggu kesihatan, ada yang yang mengatakan sebatang rokok dapat mengurangkan usia selama beberapa minit, maka dapat disimpulkan bahawa dengan menghisap rokok anda tidak akan menjadi tua. Mati muda bererti awet muda. 2. Anti Rabies; Rabies adalah penyakit yang boleh membawa maut akibat gigitan binatang seperti gigitan anjing. Dengan menghisap rokok kita dengan mudah dapat menghindari gigitan anjing. Caranya; Lari saja, dalam masa 2 atau 3 minit, kita dah semput dan tidak sengaja akan membongkok. Anjing tadi menyangka anda akan mengambil batu. Seperti yang diketahui, anjing takut kena baling batu, kemudian dia pun lari tak cukup tanah… So…selamatlah kita dari rabies. 3. Anti Rompakan Pencuri biasanya akan datang pada tengah malam atau awal pagi semasa kita dibuai mimpi. Ok, semasa pencuri datang di tengah malam. Tetiba Kita ter UHUK… UHUK batuk dan batuk. Pencuri tadi mesti menyangka kita belum tidur. So, batuk kita menyelamatkan kita dari rompakan. Hahahaha