-=[ Selamat Datang ]=-

seorang budak call dj radio 
Budak : hello bang saya terjumpa dompet berisi 1000,nama kat dalam ic MAMAT BIN TULU 
DJ : adik nak pulangkan ker dompet tu ... 
Budak : eh x lah, saya cuma nak tujukan lagu sedih jer kat dia

lawak malas ke sekolah~

Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah. 
Ibu: Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat. 
Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah! 
Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah. 
Salim: Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!
Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!” 
Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah. 
Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun….. Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH….!!!”

lawak nak turun~

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, “Terima kasih, saya lebih suka berdiri”. Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, “Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri.” Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, “Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!

lawak ketika memancing~

Pada suatu hari Ahmad dan rakan karibnya, Hassan, pergi memancing kat sungai.Dalam bosan-bosan menunggu ikan, Ahmad berkata,

Ahmad: aku ada satu cerita.
Hassan: cerita ape?
Ahmad: nanti kalau aku bercerita, kau kena ikut perkataan belakangnya, boleh?
Hassan: yela...

Ahmad pun memulakan ceritanya...

Ahmad :satu hari aku pergi memburu.
Hassan : memburu.
Ahmad : aku masuk ke dalam hutan.
Hassan : hutan.
Ahmad : tiba-tiba aku rasa nak terberak.
Hassan : berak.
Ahmad : aku berlari ke semak.
Hassan :semak.
Ahmad : aku pun berak.
Hassan : berak.
Ahmad : satu hari yang lain aku pergi memburu lagi.
Hassan : lagi.
Ahmad : aku pergi ke tempat yang aku berak dulu.
Hassan : dulu.
Ahmad : aku lihat tahi aku sudah tak ada.
Hassan : ada.
Ahmad : aku pun tertanya-tanya.
Hassan : tanya.
Ahmad : siapa makan tahi aku?
Hassan : aku....

sume sama je~

Seorang Pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana didalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yang ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.

Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku ni?"
Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor , datuk aku mati pada masa tu".

Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa bodoh! apa kena mengena dengan Jepun pulak?" Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina , Burma , Vietnam , semua sama aje!"

Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu.

"Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah filem.

"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina tadi.

"Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa bodoh..!" jerit sang pengarah lagi.
"Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua sama aje....!"

lawak rumput~

Seorang kaya bersiar siar dalam sebuah kampung. Lalu tersempak laa dengan sekeluarga miskin yang sedang memakan rumput…

Org Kaya : Kenapa kau makan rumput ?

Org Miskin : Aku makan rumput kerana aku terlalu lapar.

Org Kaya : Sedap ke makan rumput ni ?

Org Miskin : Setelah tak makan seminggu, rumput inilah makanan paling sedap.

Org Kaya : Apa kata kalau kamu ikut aku ke rumahku. Aku belanja kamu makan besar.

Org Miskin : Betul ke ni Org Kaya ? Boleh ke aku bawa keluarga aku bersama ?

Org Kaya : Boleh. Lagi ramai lagi bagus !

Org Miskin : Terima kasih wahai Org Kaya. Tapi makanan cukup ke untuk kami sekeluarga yang ramai ni ?

Org Kaya : Gerenti cukup ! Rumput lalang kat rumah aku tu lebih dua meter tinggi nye !

lawak peragut~

suatu masa dlu adalah pakcik2 ney tngh solat berjemaah kat masjid, tiba2 jak dtng la seorang

brader ney, dia ney peragut, lepas jak dia ragut beg orang dia ambik ar brng2 berharga, dia msk

la kat dlm masjid dan simpan dompet yg kosong kat depan imam tu pastu dia chow... semua jemaah

x perasaan dia dtng gara2 terlampau khusyuk... imam tu bca la surah alfatihah.. smpi jak bacaan

yg last tu,

ghoirril maagdhubi alaihim walad (terus imam tu ternampak dompet tu) doommmpeettt...

makmum yang kat belakang pun peraaslsan terus drng sebut la...

Ammbbbbiikkkkkkk.....

lawak pemandu kereta sewa~

Kejadian ini terjadi pada malam Jumaat yang lalu. Namanya, Fasha. Kerana terlalu sibuk dan banyak kerja yang harus dibuat dan disiapkan dalam minggu ini maka, Fasha harus bekerja sampai larut malam di ofis. Ketika ingin pulang Susi menahan teksi untuk mengantarnya pulang. 


Fasha: "Kampung Sungai Ramal Dalam ya Pak cik"


Pak cik kereta sewa itu hanya menggangguk, didalam perjalanan ke Kampung Sungai Ramal Dalam tidak terjadi percakapan antara Fasha dan Pak cik kereta sewa, mungkin Fasha merasa kepenatan kerna bekerja sampai larut malam. 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba-tiba Fasha teringat bahawa duit yang dibawanya tidak cukup untuk membayar tambang kereta sewa. Fasha lalu menepuk bahu belakang Pak cik kereta sewa dengan maksud untuk memberitahu supaya berhenti di kedai minyak didepan untuk mengambil duit di ATM.


Tapi tiba2 setelah bahu belakangnya ditepuk oleh Fasha, Pak cik kereta sewa itu secara membabi buta memusing stering kereta sewanya ke kanan kemudian ke kiri sambil berteriak bagai kan orang kena histeria, sampai akhirnya kereta sewa itu merempuh tembok penghadang jalan. Nasib baik Fasha dan Pak cik kereta sewa tidak mengalami luka parah.


Pak cik kereta sewa itu kemudian meminta maaf kepada Fasha.


Pakcik: "Maaf ya cik, cik tak apa-apa ya? Kenapa di tepuk bahu saya cik, terkejut setengah mati saya cik!!"
Fasha: "Laa, takkan ditepuk bahunya aja sudah terkejut!!"
Pakcik: "Sebab hari ini hari pertama saya jadi drebar kereta sewa, cik"
Fasha: "Habis tu sebelum ni apa pekerjaan pakcik?"
Pakcik: "Selama 20 tahun saya jadi Drebar Kereta Mayat..."
Fasha: "patutla...."

Ceplos dan Cuplis~

ceplos:cube ko sbut 10 name buah d huruf awal N?
cuplis:conthnye?
ceplos:nenas,nangke.. cube ko cr lg ?
cuplis:ehhmm.... pe ye rrrr... x tau rrr
ceplos:jawabnye nunian,nempedak,nambutan,nelima,nambai,nobeli....cube tnye dg org sengau pasti ckp cam tu.
cuplis:WAK LUUU......

Permintaan Koboi~

Seorang Koboi Pulang Dari Sebuah Kota Dengan Menunggang Kudanya Melewati Gurun. Dia Dikejutkan Oleh Seekor Ular Yang Menghalangi Jalannya, Lalu Si Koboi Turun Dengan Pisau Ditangannya, Ketika Ditangkap Ular Itu Untuk Dibunuh Si Ular Berkata :


Si Ular : "Jangan Bunuh Saya, Saya Adalah Seorang Pari-Pari".


Si Koboi Terkejut, Dan Masih Ragu, Lalu Bertanya :


Si Koboi : "Jika Kamu Pari-Pari Apa Yang Saya Minta Akan Dikabulkan ?". Tanya Si Koboi.
Si Ular : "Jika Kamu Tidak Percaya Lepaskan Dulu Saya, Dan Apa Permintaan Kamu Wahai Koboi?". Kata Si Ular Itu.


Lalu Si Koboi Melepaskan Si Ular Itu, Lalu Dia Berkata :


Si Koboi : "Saya Mempunyai 3 (Tiga) Permintaan, Iaitu Yang Pertama, Saya Mahu Wajah Saya Hensem Macam Lionardo Dikopiko, Yang Kedua badan Saya Setegap Arnold, Yang Ketiga "Anu" Saya Sebesar "anu" Kuda Yang Saya Tunggangi Itu". Sambil Menunjukkan Jari Ke Kudanya.


Si Ular Berkata Dengan Tenang :


"Sonang Bai Tuuuu, Esok Kamu Boleh Lihat Dicermin Apa Yang Terjadi, Sudah Ya, Saya Pergi Tata Titi Tutu". Kata Si Ular Sambil Pergi Masuk Semak-Samun Dan Menghilang.


Lalu Si Koboi Itu Naik Kudanya Meneruskan Perjalanan Menuju Rumahnya. Memang Hari Sudah Lewat Dan Sesampai Di Rumah Si Koboy Berdiri Di Depan Cermin Dan Berkata :


"Besok Kalau Tidak Ada Perubahan Siaplahh!, Aku Potong Kepalamu Wahai Ularr!". Sambil Berjalan Dia Masuk Ke Bilik Dan "Z z Z z " Ketiduran.


Keesokan Harinya Si Koboi Bangun Pagi-Pagi Dan Terus Menuju Cermin, Dan Apa Yang Terjadi, Si Koboi Tergezut Gorilla Dan Gembiraaa, Dilihatnya Wajahnya Mirip Lionardo Dikopiko Dengan Senyum Bangga, Lalu Dia Membuka Baju Melihat Badannya Sudah Berubah Dengan Otot Yang Menonjol, Dia Memperagakannya Gaya-Gaya Bodybuilder, Kemudian Dia Membuka Seluarnya Dan Dia Terkejut Triple King-Kong Sekali, Dan Berteriak :


"Tidak-Tidak. Ini Tidak Mungkin, TIDAAAAAAAAAAAAAAAAK!!!!!!!".


Ternyata Dia Lupa, Dan Baru Ingat Bahawa Kuda Yang Ditungganginya Semalam Itu Adalah Kuda Betina...!!

prof dan pendayung sampan..*cerita teladan*

Seorang prof telah menaiki sebuah sampan untuk meyeberang sungai dan dia telah menaiki sebuah sampan dengan seorang lelaki tua…semasa dalam perjalanan ke seberang prof telah bersembang kepada lelaki tua itu :


Prof : ... pakcik tidak penat ke keje macam ni, iye la pakcikkan dah tua?


Pendayung sampan: biasa la encik nak cari makan, lagipun ni aje yang pakcik mampu buat untuk sara hidup pakcik ni, simpanan pun tak ada, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang encik..


Prof : pakcik tau tak yang pakcik telah rugi 30% dalam hidup pakcik


Pendayung sampan : iye ker encik??tp kenapa pulak??


Prof : iye la… pakcik telah merugikan masa zaman muda pakcik dulu.,sepatutnya pakcik dah mempunyai simpanan yang cukup untuk hari tua pakcik ..tengok sekarang walaupun pakcik telah tua namun terpaksa kerja lagi…urmm….pakcik boleh membaca tak?


Pendayung sampan : pakcik ni sekolah pun tak, nak,mane la reti membaca encik…


Prof : pakcik rugi lagi 20% dalam hidup pakcik sebab tidak pandai membaca…urmm…menulis pakcik pandai?


Pendayung sampan : membaca pun pakcik tak reti inikan lagi menulis..


Prof : lagi 20% pakcik rugi dalam hidup ni sebab pakcik tak reti menulis.


Dengan secara tidak disengajakan sampan yang dinaiki mereka terbalik ditengah2 sungai itu....


Pendayung sampan: encik boleh berenang tak??


Prof : tidak… saya tidak pandai berenang


Pendayung sampan : encik tau tak yang encik telah kerugian 100% dalam hidup encik hanya kerana tidak pandai berenang.


Moral :*jgn pandang org hina walaupun dia tidak seberapa,kerna setiap makluk mempunyai keistimewaan masing2*sekian..:)

lawak mengayat~

Seorang jejaka yang tak berapa hensome ingin mengayat aweknya supaya dia dapat tidor dengannya.


Jejaka : Awak, saya ada satu teka teki....


Awek : Apa dia?


Jejaka : Apa benda, tiada kanan atau kiri, tiada atas tiada bawah, tiada tengah tiada tepi, tiada awal tiada akhir ?


Awek : Ish, tak tau lah, I give up.


Jejaka : Itulah cinta saya pada awak....


Awek : Betul ke.... he he he. (merah gak lah pipi dia)


Jejaka : Awak, sudi tak awak teman saya di rumah malam ni?


Awek : Boleh, tapi awak kena jawap teka teki saya dulu.


Jejaka : Ok


Awek : Apa benda, bila dipegang sedap, tapi bila dirasa tak sedap?


Jejaka : Emm, tak tau lah.


Awek : Itulah tapak tangan saya (lalu awek tu melempang jejaka tak hensome itu dan terus bla

Kerana "Dia"~

Cikgu, ini mengenai ayah saya. Air matanya terus berlinangan. Aku hanya
mampu memegangnya dan mengurut-urut lengannya, dan menantikan dia
meneruskan kalimat-kalimat dari bibirnya yang kecil itu. Dia meneruskan
kata-katanya:




"Ayah saya telah berubah sejak tiga bulan yang lalu. Semuanya kerana
kehadiran "dia". Kehadiran "dia" ke rumah kami telah mengubah suasana
di dalam rumah . Memang pada asalnya, "dia" memang dinanti-nantikan untuk
bersama kami. Malah, ibu sayalah yang telah mencadangkan kepada ayah
untuk "dia" tinggal bersama kami. Pada awalnya kami amat gembira bila "dia" ada
bersama kami. Mungkin kerana "dia" masih baru dan kami masih terlalu
teruja mendapatkan "dia" di dalam rumah kami.


Keadaan telah berubah apabila ayah sudah mula rapat dengan si "dia".
Walaupun pada asalnya ibulah yang banyak bersama dengan "dia", namun
akhirnya ayah pula yang berjaya dikuasai oleh si "dia". Semenjak itu
ayah tidak memperdulikan ibu lagi. Kami juga sudah tidak ayah pedulikan
juga.


Hubungan ayah dengan "dia" semakin intim. Pulang sahaja dari kerja, ayah
terus mendapatkan si "dia". Kadang kala ayah sanggup untuk mengambil cuti
semata-mata untuk bersama dengan si "dia". Kami geram sungguh!


Pada bulan Jun yang lalu, krisis kami dengan ayah mencapai kemuncaknya.
Ayah sudah tidak pedulikan ibu lagi. Ayah sudah tidak tidur dengan ibu
lagi semata-mata untuk bersama dengan si "dia". Ayah sudah melampau.
Ayah sanggup mengorbankan waktu tidurnya dan juga waktu bersama ibu hanya
untuk bersama si "dia". Lebih menghangatkan darah kami lagi, di pagi hari
kami lihat ayah terdampar bersama si "dia". Satu contoh yang amat tidak
sihat buat kami anak-anak. Ibu tetap boleh bersabar. Banyak kali juga kami
mendengar ibu menasihati ayah, tetapi ayah tetap tidak berubah. Ibu tidak
mahu derhaka, hanya nasihat sahajalah yang boleh ibu berikan. Malangnya
tidak nampak pun riak-riak ayah akan berubah. Bahkan kini ayah semakin
teruk.


Siang, malam, pagi, petang....ayah lebih meluangkan masa untuk bersama
dengan "dia". Saya tidak mahu digelar anak derhaka, tetapi keadaan ayah
semakin melampau. Akhirnya cikgu...."




Dia terus menangis teresak-esak. Aku terus memujuknya, "sabar, setiap
orang ada masalah masing-masing. ..". Aku terus memeluk Liliana.


"Cikgu Ros, saya tidak mahu menjadi anak derhaka, tetapi demi ayah,
saya terpaksa lakukannya.. ."


"Apa yang kamu telah lakukan?", tanyaku dengan nada yang lembut.


"Saya terpaksa menelefon tempat asal si "dia". Saya telah mendail
1300-82-3838, dan meminta mereka memutuskan hubungan ayah dengan "dia""


"Siapa dia tu?", aku binggung...


"Astro!"


Aku: ???????








Moral: Astro macam-macam ada, tapi jangan sampai waktu untuk
family/isteri/ suami/anak- anak/kawan tiada kerananya!

Tidak Cukup??? ~

Seorang lelaki berkata kepada pustakawan, "Saya ingin meminjam buku  'Cara Menjadi Jutawan' ini, tapi ada masalah ..."

"Apa masalahnya, encik?" tanya pustakawan.

Orang itu menjawab, "Setengah halaman yang hilang."

Pustakawan terkejut, dia bertanya,
"Setengah juta masih tidak cukup bagi kamu?"

Teknik guna-guna bagi kaum lelaki~

Anda Masih belum ada makwe..??? Anda tiada peminat?? jangan susah. Tips ini amat berkesan sekali, bukan anda yang KEJAR perempuan, tapi perempuan tu yg akan mengejar anda!! Ibu tua, nenek tua, janda, single mom, semuanya pasti terkejar-kejar dengan anda!! caranya?? Mudah saja.. Macam ni :
1. Anda mesti ...memelihara seekor ayam jantan hitam
2. Tunggu wanita idaman di depan rumah anda
3. Kalau wanita tersebut melintas, cepat2 anda berlari ke reban ayam tu, ambil tahi ayam tu, pastu anda cepat2 sapu kat muka wanita tu.
4. Kalau anda boleh ikut tips 1-3 ni, anda pasti akan DIKEJAR oleh wanita!! PERCAYALAH!!!
Selamat mencuba ye...hehehe..

Kisah Ali Orang Gila Kg Pinang ~

Al-kisah…..adalah satu kampung ni..nama kampung ni kampung pinang 18 batang. Kat kampung ni orang ramai idup aman dan bahagia. Dalam kampung yang aman ni..adala sorang laki ni. Nama dia Ali (nama sebenar). Ali ni orang gila kat kampung ni. So..ramai la yang pandang slag kat dia. Ramai la yang suka memainkan dia.. nak dijadikan cerita


Pada suatu hari..si Ali ni gi la masjid nak semayang jumaat…ey..ni educated nyer orang gila tau..semayang tak tinggal. Contohilah dia ni. Sedangkan orang gila pun semayang…korang yang siuman ni pun semayang la gak ek.. ok….sambung citer. Lepas si Ali ni semayang jumaat, dia nak balik la kan . So..masa dia nak balik tu tetiba dia tengok selipar jepun kesayangannye dah takdek. Aper lagi…mengamukla dia…


Tanpa segan silu dia pun pegi la dekat mikrofon masjid tu lalu dia pun berkata: “kepada sesiapa yang mencuri selipar aku, baik ko pulang cepat!!!!!!!…” Semua orang menjadi takut..ye la..orang gila kan ..memacam dia buleh buat. Buatnya dia tetak anak bini orang…..kang..ha..naya.. Diulang sekali lagi…”kepada sesiapa yang curik selipar kesayangan aku tu..baik ko pulang cepat. Kalau tak aku akan buat seperti mana ayah aku buat!!!” lalu orang yang curik tu pun pulang la balik. “lek la bang.. gurau jek”….


Tapi Ali memandang nyer dgn muka yang serius..muka macam nak makan orang gitu…


Haa…lalu budak yang curi selipar dia tu pun blah tanpa memandang ke arah Ali.. takut la tue… lalu tok imam pun menegur Ali dan bertanya “kalau dia tak pulang apa yang akan kamu lakukan..?? apa yang ayah kamu lakukan..??” dengan suara dan wajah yang slamber….Ali pun berkata “saya balik kaki ayam la tok….”

MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH ULAR

Kita semuanya kenal ular. Beliau ialah binatang yang brutal dan berbisa.. malah ular ni boleh membunuh kita. Namun dalam keganasan yang menjadi sifat ular ni.. ada banyak masalah yang dihadapi sehingga golongan ular ni sampai rasa fedap nak hidup... mari kita saksikan masalah-masalah tersebut....

(1). Sering mengalami sakit kulit bawah perut sebab selalu menjalar tak kira tempat... atas jalan tar... atas pasir... atas duri..

(2). Sentiasa menjaga lidah dari tergigit sebab kalau tergigit konfem mati sebab lidah dah tercucuk bisa sendiri.

(3). Susah makan nasik atau makan berkuah sebab takde tangan nak suap. Sebab tu la asyik makan benda bulat je... telur, tikus atau mengkarung.

(4) Susah nak cari pakaian kat kedai sebab kebanyakan pakaian dijual mempunya lengan dan kaki... so nak tanak kene beli kain kapan buat balut badan...

(5) Mempunyai musuh ketat iaitu Crocodile Hunter tetapi mereka telah mengadakan pesta keramaian setelah Crocodile Hunter kembali ke alam baqa...

(6) Ular sawa batik tetap miskin walaupun beliau menjual kain batik sebab bila orang datang nak beli je.. beliau bantai makan pembeli tu...

(7) Ular senduk plak selalu tensen sebab asek dijadikan senduk menceduk nasik oleh penduduk Asli kampung Gadek.

(8) Walaupun namanya ular kapak.. beliau langsung tak dapat menebang pokok hatta nak memotong kulit bawang pun...

(9) Bila mereka nak menyalin kulit, ternyata kesakitan yang amat sangat akan terjadi kepada mereka... masalahnya ialah tiada satu hospital pun nak menerima mereka sebagai pesakit kulit...

(10) Selalu diejek rakan2 binatang lain dengan berkata " Ahhh.. sapa nak percaya cakap ko ular... ko kan lidah bercabang... dah la kuat membelit... takde sape nak kawan ngan ko"

KATEGORI ORANG~

adakah anda:

1. TAK JUJUR
-orang yang kentot tapi salahkan orang lain

2. BENGONG
-orang yang tahan kentot berjam-jam lamanya.Sampai biru-biru muka

3. YAKIN DIRI
-onag yang kentot dengan lantang

4. SADIS
-orang yang kentot dalam selimut lalu dikibaskan baunya

5. STRATEGIK
-orang yang sembunyikan bunyi kentot dengan ketawa kuat-kuat. Atau turut mengambil kesempatan untuk kentot di kalayak ramai ketika detik 12 pada malam tahun baru sebaik sahaja bunga api meletop! POm!pOM!Pom!

6. MISTERIUS
-orang yang kentot tapi tak dapat dikesan

7. GUGUP
-orang yang terkentot apabila disergah

8. PERIANG
-orang yang kentot pelan-pelan pastu senyum sorang2

9. MENCABAR
-orang yang sanggup amek risiko untuk mencuba gaya2 kentot di atas semata2 mahu mengenal pasti kategori diri sendiri

p/s: KENALI DIRI. UNLEASH UR CONFIDENCE

budak pekak~

Dialog antara dua org yang pekak. Bukan aja pekak badak, tapi dua2 mamat nie tak nak mengaku yang diorang nie sebenarnya pekak (yakni, masing2 buat2 dengor le..) 
Abu melihat kawannya dengan joran di tangan, lalu menegur: 


Abu : Ooi Mat! Pegi memancing ke? 
Mat : Takkk... aku nak gi memancing nie.. 
Abu : Oooo.. ingatkan nak gi memancing...

lawak kawan abah~

ader sorang anak ngan bapak dier pegi balik kampung....dlm perjalanan tu bapak dier hon kat satu kerete , anak dier tanye


"abah kenape hon ?? " bapak dier jwb 
"sebab dier kwn abah ...."


lepas tu diorang pon sambung ler perjalanan ... sampai kat kampung dier tu .... tiba-tiba sekor lembu lintas jln...bapak dier hon ler pastu anak dier ckp 


" abah kenape kwn ngan lembu ? lembu kan busuk .. "

Dua sahabat~

Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan minuman ringan. Setelah pesanan sampai, mereka masing-masing keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan. Pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan seraya berkata,


"Maaf encik, anda tidak dibenarkan memakan sandwich Anda sendiri di sini!"...


Maka dua org sahabat itu perpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula menukar sandwich masing-masing...

Puisi Dari Suami Kepada Isteri Untuk Kahwin Lain~

Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi, 
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...


*** Balasan Puisi sang isteri***
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...


AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...


MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!


Oh, please lah....!!!
NAK KAWIN LAIN KONON!!!

Cara² nak handle HANTU

Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu rana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.


Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.


Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.


Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh,suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.


Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.


Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.


Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni..nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya. lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak tu.

lawak helah ayam~

tersebutlah kisah seekor ayam sabung jantan yg telahpun lanjut usianya dimana ianya tinggal bersama2 7 ekor ayam betina yg cun giler.. pada suatu hari, tuan kpd ayam ini telahpun meletakkan seekor lagi ayam jantan yg muda dan gagah perkasa. ayam muda itu menyuarakan hasratnya.. SI MUDA: dlm reban nie ada 7 ekor ayam betina.. apa kata kita bahagikan dimana saya ambik 4 ekor dan awak ambik 3 ekor. SI TUA: mana boleh.. aku dah lama kat sini, aku ambik 4 ngko ambik 3. SI MUDA: takde.. awk kan dah tua, dah tak larat lagi.. SI TUA: aku tak kira.. tak pun camni, kita buat satu pertandingan.. kita lumba lari seratus meter, nak? tapi dgn satu syarat, biarlah aku lari dulu sbb aku dah tua.. (ayam muda bersetuju dgn cadangan itu dan mereka memulakan perlumbaan dgn disaksikan oleh ayam2 betina itu,. 1..2.. mula! ayam tua memulakan pecutan dan diikuti oleh ayam muda. ketika ayam muda menghampiri ayam tua itu tadi, PENNGGG! satu tembakan telahpun mengenai ayam muda itu dan dia pun menghembuskan nafasnya yg terakhir di situ juga.. dgn selamba tuan yg menembak ayam itu berkata "punya banyak ayam betina yg cantik2, ayam jantan nie jugak yg ngko nak kerjakan".. ayam tua itu pun dgn bangganya meneruskan hidupnya disamping ayam2 betina yg lain tanpa gangguan)

sukan yang sudah pupus~

LARI 100KM BERPAGAR- 
Corak pertandingannya sama dengan lari 100 meter berpagar. Sukan ini dahulunya amat popular di Uganda dan pernah dipertandingkan dalam Olimpik 1821 di Guantong, China. Kepupusan sukan ini adalah kerana peserta yang memasuki sukan ini akan mati pucuk serta mengalami osteoporosis kerana kerap melompat pagar setiap 10 meter. Sejarah mencatatkan tiada pemenang dalam pertandingan ini kerana baru nak masuk 1 km je banyak yang muntah darah dan terberak-berak. 


REJAM LEMBU 
Berlainan dengan sukan merejam lembing sekarang ini, merejam lembu lebih famous pada masa dahulu kerana banyak kenduri-kenduri kahwin memerlukan lembu untuk dibuat gulai. Peserta akan menarik tali di lubang hidung lembu dan membuat balik kuang untuk membaling lembu tersebut ke rumah yang melangsungkan kenduri. Secara otomatik lembu itu akan terhempas dan hancur kemudian terus dibuat gulai. Kepupusan sukan ini adalah kerana kehadiran Islam dan lembu itu hendaklah disembelih. 


LOMPAT KAJANG 
Sekiranya Lompat Kijang memerlukan lompatan yang ke atas pasir, Lompat Kajang pula memerlukan peserta melompat sampai ke Kajang, Selangor sambil membacakan pantun 'Kajang Pak Malau, Kajang Belikat'. Kemudian apabila sampai di Kajang perlulah pula peserta membeli Satey Kajang dan makan dengan lidi-lidinya sekali. Kepupusan sukan ini adalah disebabkan pada waktu itu kedai sate Hj Sahmuri masih belum dibuka. 


BOLA TEMPELENG 
Sukan ini amat berlainan dengan Bola Tampar kerana permainan ini memerlukan pemain menempeleng muka pengadil sambil menyanyikan lagu negaraku. Sukan ini pupus kerana sesiapa yang jadi pengadil pada perlawanan ini akan mengalami sakit untut berpanjangan akibat dari tempelengan para pemain.

lawak gaduh laki bini~

Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran tetangga.


"Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau," terdengar pekikan si Wahid. Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.


Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu.


"Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?" tanya jirannya.
"Tidak!" jawab Minah.
"Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!"

pantun muncung~

Pantun Muncung… . (lebih molek dibaca di hadapan cermin… pastikan mu membacanya dengan gaya dan intonasi yang betul… jangan nak tipu aaa… )


Du’u tugu kucung burluru,
Munu nuk sumu su kucung bulung,
Du’u tugu buluh ku curu
Munu nuk sumu cuk uduk surung.


Gunung du’uk burcubung tugu,
Huncur budun du kundung tunuh,
Budu yung bu’uk dukunung jugu,
Du’u tugu kucung burluru.


Bu’uh cumpuduk du luur pugur
Umbul guluh tulung julukkun,
Humbu buduk buru burlujur,
Kulu suluh tulung tunjukkun.


Pusung umus dubuwu burluyur
Musuk subujuk du utus putu,
Hutung umus buluh dubuyur,
Hutung budu du buwu mutu…


Suku’un turumu kusuh…

lawak berita baik~

“Tahun ini ada berita baik, Ayah!” ujar seorang anak yang baru saja menerima hasil keputusan SPM kepada ayahnya.


“Berita baik apa?” tanya ayahnya.


“Yang pasti Ayah tidak perlu pening memikirkan belanja saya untuk masuk ke universiti.” jawab si anak.


“Apa kau lulus dengan markah yang bagus dan mendapat biasiswa?” tanya ayahnya dengan wajah yang bercahaya.


“Bukan Ayah! Saya … tidak lulus!!” jawab anaknya dengan selamba.

lawak mat~

Dalam kelas, cikgu tadika tanya soalan, "Ada 3 ekor burung di atas pokok. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi tinggal di atas pokok?" 


Mat angkat tangan dan jawab, "Kosong cikgu". 


"Kenapa kosong Mat?" tanya cikgu. 


"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu." 


"Salah! Jawapannya tentulah 2 Mat, 3 tolak 1 sama dengan 2. Tapi cikgu suka cara kamu berfikir". 
Sehabis kelas, Cikgu belanja Mat makan aiskrim. 
Mat tetiba bertanya, "Cikgu, ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu style telan semua sekaligus, satu lagi gigit sikit2, dan satu lagi jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. 
Cuma satu je antara tiga tu yang dah kawin, yang mana satu cikgu?" 


Tergamam cikgu dengan soalan Adik Mat. Cuba berlagak neutral cikgu menjawab, "Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu kot". 


"Salah cikgu, yang pakai cincin kahwin laa yang dah kahwin. Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir"

FAQ ( Soalan Yang Kerap di Tanya )

* Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
“Tunggu bas ke?”
Anda harus menjawab: “Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat plak ari nie ye”


* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
“Ko nak mandi ke?”
Jawab : “Taklah aku nak pi main lelayang
kejap, ko nak join?”


* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
“Aik? tulis surat nampak?”
Jawab : “Oh ye ke? aku tak prasan ah…tangan aku bergerak sendiri”


* Anda sedang makan nasik dan orang tegur:
“Makan nasik?”
Jawab : ” Mata ko buta ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?”


* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer:
“Baru balik dari keje?”
Jawab : “Taklah, saya dari rumah, nak pi
keje lah nie…opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis”


* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur:
“Eh kau sibuk ke?”
Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia pastu kompang siket pipi dia.


* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer:
“Eh citer melayu ke?”
Jawab : “Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro menentang Raksaser dari Planet X…ko tunggu jap nanti otromen kuar”.