-=[ Selamat Datang ]=-

Temuduga Terbuka - Jawatan Kosong Di Sektor Kerajaan

Minat dalam bidang PERTAHANAN?


Bantu skuad negara dalam membanteras jenayah.


Syarat-syarat:
1. Bumiputra
2. Tidak Rabun Warna
3. Kelayakan Minimum SPM
4. Berumur diantara 18-30 tahun


Kelebihan:
1. Kerja di bawah kerajaan
2. Gaji pokok : RM1800
3. Elaun bulanan (Cola) : RM300
4. Elaun penginapan RM300
5. Uniform: RM450
6. Dobi RM200
7. Percuma kursus mempertahankan diri
8. Kenaikan pangkat secara lantikan dari ketua unit jawatan dan mengambil ujian khas


Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan dikehendaki membawa kad pengenalan diri serta gambar berukuran passport pada 05 April 2009 di Jabatan Pertahanan Awam.


Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (lengkap) serta perlu melaporkan diri 60 hari dari surat tawaran jawatan.


LAMPIRAN SILA KE BAWAH.


Jawatan:
1. Power Rangers
2. Kamen Riders
3. Ultraman
4. Sailormoon (wanita shj)
5.SURIA PERKASA HITAM (Cawangan Jepun)

Pak Pandir dan Kapalterbang

Pak Pandir menyatakan hasrat di hatinya kepada cucu tersayangnya. "Cu... Atok teringin sangat nak merasa naik kapalterbang". "Baiklah.. Tok. Satu hari nanti kita naik kapalterbang bersama", kata cucu Pak Pandir. Maka pada suatu hari, cucu kesayangan Pak Pandir tadi pergi booking tiket. Hari yang ditunggu pun tiba.


Pak Pandir bersama cucu kesayangannya menaiki kapalterbang untuk ke negara jiran... yang terhampir iaitu Singapore. Sewaktu di dalam kapalterbang, air-cond tidak berfungsi dengan betulnya dan keadaan menjadi panas.


Pak Pandir berasa panas tetapi dia tidak menyatakan pada cucunya. Selepas 40 minit berada di dalam kapalterbang, maka mendaratlah kapalterbang tersebut di Changi. Pak Pandir dan cucunya pun turunlah. Dalam hati Pak Pandir berkata "Patutlah panas dalam kapalterbang tadi, rupanya kipas di luar...".

lawak burung murai~

1979


Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?


PELEMPANGGGGGGGGGGGGGGGG!!!! (Sibapak tampor)


Anak : HuaaaaaaHuaaaaaaaHuaaaaaaa!! (meleleh air mata)
Bapak : Besok kalu Tuhan kasi betul-betul telinga kau tuli baru kau tahu! Udah!!! Jgn permainkan orang tua-tua… tak baik!!!!


………………………………………………


2007


Bapak : Burung aper?
Anak : Burung Murai
Bapak : Aa aa yer burung Murai
Anak : Eh!!Kenaper abah tak ulang-ulang tanyer? Masih power telinga abah ni yer.
Bapak : Yer! Masa dulu kalu arwah datuk kamu panggil abah suruh ke kedai ke aper, sekali panggil jer abah dah menyahut. Abah tak berani nak buat pura-pura pekak macam ngko selalu buat masa kecik-kecik. Barangkali itulah yang jadi barakahnyer, jadi telinga abah ni Allah Taala kasi clear sampai sekarang!

lawak abang~

Suatu hari azman dan isterinya pulang dari kerja seperti biasa… Tapi ada sesuatu yang luar biasa berlaku pada hari itu. Cuaca panas menjadi lebih panas buat azman kerana tersekat didalam trafic jam


Azman ” Ish!, geram betul aku. Jalan tidak pernah sesesak ini, kenape pula sesak hari ni” Isteri ” Sabarlah abang, mungkin kerja-kerja pembaikan jalan sedang dijalankan, tak pun ada kemalangan ke”. Dengan perasaan marah Azman berkata ” Sabar!, Sabar!,Sabar! , itu ajelah yang awak tau”. Kenderaan dihadapan masih tidak bergerak. Malah orang ramai makin ramai berkumpul. Azman ” Ini tak boleh jadi nie. Aku mesti buat sesuatu” Azman keluar dari keretanya dan berjalan menuju ke arah orang ramai dan bertanya apa yang berlaku. Ada accident la encik. kata sorg mat rempit. Lalu Azman pun menjerit ” Tepi, tepi. Aku abang dia!. Tepiiiii,Akuuuu abanggggggg diaaaaaaaaaaaaa! Orang ramai yang berkumpul mula bergerak memberi laluan sambil berpandang sesama sendiri dengan penuh persoalan. Dalam hati azman berbangga dan berkata “menjadi juga idea aku ni” Tetapi apabila menghampiri kawasan berkenaan alangkah terkejutnya azman matanya bulat bagai nak terkeluar apabila dia melihat keadaan adiknya yang kemalangan itu…


Azman meratap sambil menutup muka dengan tapak tangannya Dalam hati dia berkata Oh! malu semalu malunya aku kerana adikku seekor monyet!!!!!!

lawak insiden di klinik swasta~

Satu hari di klinik swasta… Kudut datang berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sakit belakang.


Doktor: Apa hang dah buat dgn belakang hang ni?


Kudut: Saya keje syif malam. Bila saya balik umah saya kat tingkat 3 pagi tadi, saya dengar bunyi bising kat dlm bilik tido saya. Saya saspex ader org dah tido dgn bini saya. Saya tgk pintu balkoni saya terbuka. Saya berlari ke situ, jenguk ke bwh dan nampak sorang lelaki kelam-kabut lari sambil pakai baju dan seluar dia… pas tu saya trus angkat peti ais saya dan campak kat lelaki tu. Tu yg sakit belakang sampai skrg ni, doktor.


Tetiba, Chet meluru masuk ke bilik rawatan. Keadaan Chet nampak serius seolah-olah baru lepas dilanggar kereta,


Doktor: Uih! Pesakit yg saya tgh periksa ni nampak teruk. Tapi hang lagi dasyat aku tgk… apa dah jadi?


Chet: Saya dah lama menganggur. Ari ni ari pertama keje baru saya. Tapi saya lupa set alarm semalam dan pagi ni saya dah terlambat. Tgh saya berlari ke stesen bas sambil pakai baju dan suar saya, tetiba je ada sebijik peti ais hinggap kat belakang saya, doktor!


Kemudian, Chot masuk ke bilik doktor tadi. Keadaan Chot lagi teruk daripada Chet dan Kudut. Doktor terkezut bewak…


Doktor: Hang pesal lak ni?


Chot: Saya ada kat dlm satu peti ais. Tetiba jer ader org campak peti ais tu ke bwh dari tingkat 3, doktor!!!

lawak kalau sampai ipoh~

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas “Encik.. tolong tengokkan anak saya ya… Nanti kalau sampai di Ipoh… cakap pada anak saya.” Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. “Sudah sampai Ipoh belom?” Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.


Penumpang disebelahnya menjawab.. “Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!” Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, “Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?” Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. “Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!” Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. “Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?” Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh… Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh… si anak dibangunkan. “Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!” Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. “Oh sudah sampai ya!” alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan… “Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?” tanya pemandu kebingungan. “Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!”

lawak mahasiswa~

Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya:


Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak Rm1000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.


Salam dari anakanda.
Sarip.


p/s Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.


Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas:-


Kepada Sarip,
"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"


Dari Ayahmu

lawak petua 3 B

Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat.


Pemuda : Ustaz, kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya? Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih.


Ustaz : Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?


Pemuda : Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar, penyayang dan menyintai saya sepenuh hati...


Ustaz : Ohhh...kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B'. 'B' yang pertama adalah 'BERUSAHA'...Apakah kamu sudah banyak berusaha?


Pemuda : Sudah terlalu banyak Ustaz...Sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis.


Ustaz : Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu 'BERDOA' dan juga 'BERPUASA'.


Pemuda : Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang. Saya juga akan berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis.


Ustaz : Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan 'B' yang ketiga. Pemuda : Apa itu Ustaz!?


Ustaz : 'BERCERMIN!'

cara untuk mengenali pak pandir~

* dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang itu.


* dia fax surat dengan stem diatasnya.


* cuba melemaskan ikan dengan merendamnya didalam air


* cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.


* study hard untuk ujian darah.


* tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.


* fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.


* vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia.


* Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.


* mengira bilangan penumpang bas sebelum naik.


* dia sedang baca citer ini....opsss!!! hehehe

lawak teruskan usaha~

Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial, Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating...
Hamid : "Kita nak kemana nie?"
Rosni : "Tak kisah la.. mana-mana pun boleh" 
Hamid : "Apa kata kalau kita ke pantai.."
Rosni : "Saya ok aje.." Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar dari kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bual didalam kereta.. Mulanya berbual biasa.. lama-kelamaan.. Hamid meletakkan tangannya dipaha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah.. Beberapa minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas... Rosni masih tidak membantah... hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Rosni berkata dengan sopan..
"Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial" Setelah mendengarkan teguran Rosni itu.. Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..
Hamid : "Maafkan saya"
Rosni : "Tak apa"
Lalu mereka pulang... Di rumah.. Hamid terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya... "Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja"
Rugi2!!!

lawak tidak jujur~

Tahun 1441- Sebelum memulakan perjalanan menuju ke medan perang, seorang panglima menemui rakan yg cukup dipercayainya. 


PANGLIMA: Simpan anak kunci ini! Jika aku tak kembali, kau bukakanlah cawat besi isteri ku. Aku izinkan dia berkahwin dengan sesiapa yg disukainya. 


RAKAN : Baiklah sahabat ku. 


Menjelang petang, ketika panglima bersama tenteranya berehat di sebuah lembah, kelihatan di kejauhan seorang lelaki menunggang kuda cukup pantas menuju ke arah kumpulan tentera itu. Setelah hampir, barulah panglima mengenalinya - dia ialah rakan yg cukup dipercayainya itu. 


RAKAN : Maaf...panglima bagi kunci yg salah!!

lawak papan tanda~

Cikgu Aiman hairan kenapa Aiman datang lambat hari tu.. "Aiman kenapa datang lambat?" 
"Kerana papan tanda cikgu" jawab Aiman. " 
"Apa hal pulak dgn papan tanda tu?" tanya cikgunya lagi. 
AWAS SEKOLAH DI HADAPAN, PERLAHAN-LAHAN.

lawak bangang~

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah. "Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok" jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

lawak hebat~

Pesakit: "Doktor, berapa lama tulang saya yang retak ini akan sembuh ?" 
Doktor: "Paling cepat enam minggu lagi " 
Pesakit: "Bila saya telah sembuh, adakah saya akan mampu bermain muzik ? " 
Doktor: "Oh .... tentu saja ! " 
Pesakit: "Hebat! Padahal sebelum ini saya belum pernah bermain muzik. "

blaja bahase cine dlm mase 5 minit~

1. Thats not right 
(Sum Ting Wong) 

2. See me ASAP 
(Kum Hia Nao) 

3. Small horse 
(Tai Ni Po Ni) 

4. You need a facelift 
(Chin tu fat) 

5. I thought you were on a diet 
(Wai Yu Mun Ching) 

6. He's cleaning the car 
(Wa Shing Ka) 

7. Your body odour is offensive 
(Yu Stin Ki Pu) 

8. This is a tow away zone 
(No Pah King) 

9. Great! 
(Fa Kin Su Pah)

persoalan terjawab~

Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30minit ataupun 1 jam (utk separuh masa)?


Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Di dalam kemusykilan tersebut, ada seseorang yang memberikan jawapan yang boleh diterima.


Dia menjawab….”Sebab mengapa bolasepak dimainkan dalam 45 minit ialah…


Terdapat 2 pasukan didalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain disetiap pasukan. Setiap pemain mempunyai “2 biji bola” dan membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang.


Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan didalam perlawanan. Oleh itu, jumlah keseluruhan ialah 45 minit.


Persoalan terjawab !!!


Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit…itu adalah “bola referee”!

lawak mengugut~

Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai… Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata.. “Maaf, Encik… Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada… Maaf ya Encik.” Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,”Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya.” Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak.


“Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau.” Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut…

lawak duit~

Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.


Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".

lawak nak mati~

Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.


"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"


Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".


Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"


"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."

lawak burung~

Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata kepada si penjual burung. 


Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...?? 
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam itu RM1000. 
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam. 
Penjual: Yaa... memang berbeza, yang berharga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.

lawak hukuman~

Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum dibuatnya ? 
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan yang telah dilakukannya. 
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.

lawak hotel~

Mary Sue datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya. Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang Mary Sue akan menginap. 


Mary Sue mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Mary Sue melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut. 


"Anak muda, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku membayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! Bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!" 


"Nyonya, ini adalah lif" jawab pelayan tu selamber.

lawak salah orang~

"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah 


"Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor!" 


"Maaf, saya tidak tahu.. encik" 


"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani?" 


"Maaf, saya tidak tahu juga, encik.." 


"Tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?" 


"Mahu memeriksa kabel lampu ini encik... Saya petugas TNB"

lawak monyet~

Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tiang lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun 


Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu... lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut.. 


Polis : "Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?" 


Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali. 


Polis : "Oh...kereta terbalik beberapa kali... jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?" 


Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak.. 


Polis : "Oh...lelaki itu sedang mabuk masa memandu. Dan bagaimana pulak wanita tua itu? Anak-anak juga buat apa?"


Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar. 


"Oh...okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?" 


Dan... si monyet kemudian menirukan gaya memandu...

lawak anak sempurna~

 Dua orang wanita yang sudah lama tidak berhubung akhirnya bertemu di sebuah pasar.. Mereka masing-masing bercerita tentang keluarganya.... 


Wanita 1: "Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna" 


Wanita 2: "Apakah dia merokok?" 


Wanita 1: "Oh, tidak!...tidak sama sekali!" 


Wanita 2: "Dia kekadang minum bir?" 


Wanita 1: "Oh, tidak! Dia anak yang baik-baik" 


Wanita 2: "Dia kuat bersosial... dan selalu pulang larut malam ke rumah?" 


Wanita 1: "Tidak pernah sama sekali! Namanya juga anak terbaik dalam keluarga" 


Wanita 2: "Wah, nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, berapa usianya?" 


Wanita 1: "Minggu depan akan genap usianya enam bulan!"

lawak lanun~

Seorang lelaki yang kudung kakinya,tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.


Penemuduga: "Bagaimana kaki kamu boleh kudung?" 


Lelaki: "Cedera ketika perang dunia kedua." 


Penemuduga: "Kenapa tangan kamu bercangkuk?" 


Lelaki: "Terpotong dengan pisau besar!" 


Penemuduga: "Mata kamu pula?" 


Lelaki: "Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya."


Penemuduga: "Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?" 


Lelaki: "Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu.

lawak anak~

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi. 


Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin. 
Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert. 
Suzy: Tapi mengapa? 
Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye! 
Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya. 
Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert. 
Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert. 
Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin. 
Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya. 
Suzy: Ha!!??!!

lawak tuuuuttttt~

Sampailah ke tengah malam, John tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah John pulang kerumah. Sampai ke rumah, didapati Janet sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran unggun api.


“Buka butang bajuku dan tanggalkannya.” Kata Janet.
John dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut,melakukan apa yang diarahkan.


“Sekarang, buka kasut but ku.”
John buat, perlahan sekali.


“Buka, setokin ku..”
Dia buat juga.


“Sekarang, buka skirt ku.”
Dia buat juga.


“Sekarang buka coliku.”
Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.


“Sekarang….buka seluar dalamku…”
Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.


Kemudian, Janet pun memandang John, sambil berkata…


“Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot.”


Hahahah… apa yg korang pikir tu hah? otak kotor ek..?
hehehehe~

lawak salahkan rumah~

Suami-isteri bertengkar. Tetiba isteri terus kemas beg. Suami: Kenapa? Isteri: Dah kahwin 10 tahun, rumah ni tak pernah aman. Saya dah tak tahan.Saya nak tinggalkan rumah ni! Suami kemudian masuk bilik dan keluarkan satu lagi beg. Suami: Betul jugak cakap awak. Saya pun fed- up dengan rumah ini. Saya ikut sama, boleh?!

lawak jalan terkangkang~

Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.


Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry" Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki" Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.


Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?


Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?


Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.


Orang Tua: Emm... bukan.


Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.


Orang Tua: ...pun bukan.


Pelajar A: Habis tu?


Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang

Suami yang baik~

Seorang penderita kanser usus di beritahu oleh doktornya bahwa hidupnya tidak lama,hanya sekitar 2 minggu lagi. Mendengar khabar tak menyedapkan hati, ia memberitahukan anaknya untuk segera mengadakan majlis besar-besaran sebagai tanda perpisahan.

Ditengah kawan-kawannya ia menyatakan : "Maaf teman-tem...an, Saya mengumpulkan kamu semua agar tahu bahawa Saya tak lama lagi akan meninggalkan anda, AIDS telah menyerang tubuh Saya."

Anaknya dengan hairan bertanya : "Ayah, mengapa Ayah berbohong atas penyebab kematian Ayah?"

Ayahnya menjawab : "PsssSssst, aku tak mau salah seorang dari mereka akan tidur dengan Ibumu yang cantik, seksi dan menawan setelah aku meninggal dunia kelak !"

lawak megi~

al kisah,tinggal la 2 orang sahabat yang tinggal di sebuah rumah sewa..



AKU : RYO ni siang malam pagi petang bantai megi je,aku tengok muka kau pun dah macam meggi dah..



RYO : biasa la,hujung bulan duit pokai la..



AKU : kesian la pulak,malam ni kau ikut aku.



RYO : gi mana?



AKU: aku blanja kau tomyam special punya..



dekat kedai....



pelayan : makan ape encik ?



AKU: kasi meggi tomyam dua..



RYO :@#@$#@

lawak siput~

ANAK:AYAH NI SIPUT APE?

AYAH:SIPUT BABI..

ANAK:SIPUT APE?

AYAH:SIPUT BABI NAK..

ANAK:SIPUT APE..?

AYAH:SIPUT BABI CYG..

ANAK:SIPUT APE?

AYAH:SIPUT LA...BABI!!!!

lawak salah kedai~

RYO yg keletihan ketika meronda2 di bandar dan beliau ternampak meja makan disebuah kedai,lalu beliau menyinggah dikedai tersebut.maka datang la seorang pelayan..



RYO : mee goreng  satu



pelayan : xder



RYO : nasi goreng



pelayan : pun xder



RYO : mee soto



pelayan :juga tidak ade



RYO :aaa



pelayan : seterusnya pun tidak ada,



RYO : semua xde,abis ape yg ada??



pelayan : encik jalan kaki 5 langkah kehadapan dan pusing kesini,ngko nampak signboard tu????!!



                                               `KEDAI PERABOT JAYAFINA`



RYO : @#@$%^##$%%