-=[ Selamat Datang ]=-

pergaduhan di dalam bas~

al kisah seorang wanita anggun menaiki bas untuk ke stesen LRT bedekatan dengan rumahnya. setelah menunggu hampir 20 minit di bas stop dengan cuacana gurun sahara, wanita anggun terlihat kelibat bas datang dari jauh.


wanita anggun rasa bersyukur kerana ada tempat duduk VVIP untuknya disitu..kihkihih. lantas wanita anggun me-landing-kan dirinya secara sopan,tertib dan tawaduk di kerusi tersebut.


Setelah 2stesen berlalu, naik pula seorang jejaka kurang kacak tinggi dengan muka bengis seperti minta disepak membawa barangnya duduk di kerusi hadapan wanita anggun.


baru beberapa pusingan roda impian bas bergerak, bas berhenti mengambil seorang jejaka lagi tidak tampan lansung dengan topi ala2 hip hop dan seluarnya yang koyak rabak.


lelaki lansung-tidak tampan itu kelihatan resah gelisah kerana tiada tempat duduk kosong. lalu lelaki -langsung-tidak-tampan itu terlihat satu tempat duduk kosong dihadapan wanita anggun.


dengan renungan manja melirik lirik lelaki itu ke tempat duduk bahagian belakang untuk duduk di situ.


tiba-tiba...


"Telur kau tu besar sangat ke kau duduk cmtu?!" nada marah lalaki langsung-tidak tampan


satu bas yang terdengar ayat itu terpacul dari mulut lelaki-langsung-tidak-tampan itu terbangak. lelaki kurang tampan pula berkata2


"kau apehal nak kata telor aku besar ke tak?!"


"habistu? dah tak besar mana tu, angkatlah pegang!"


"kau ni pehal? gay ke?! gila seks?!"


"habis tu kalau kau tak angkat aku nak duduk cmne?"


satu bas seram sejuk melihat pergaduhan sebegitu berlaku, pemandu bas hanya menjeling takut2 mereka membawa snipper mahupun M16.. hikhikhik


terdengar bisikan 2orang mak cik di belakang aku


"apo kono ekh budak zaman skrg ni tak sogan ko cito mendo sndri ni?"


"entahlah, geli aku mendengarnya"


setelah pertikaman lidah berlaku dalam masa 5-10 min lalu lelaki kurang kacak pun berdiri mengangkat telur ayam sepapan yang dibelinya tadi turun dari bas.


lelaki langsung-tidak-tampan pula duduk dengan hati yang tenang aman damai sentosa harmoni eh dah2 cukup2


sebenarnya lelaki langsung-tidak-tampan tu marah lelaki kurang tampan kerana letak telur ayam dia atas kerusi dan dia tak boleh duduk.


tapi lelaki kurang tampan ni pikir lain pula, tu yang dia marah sangat tu.


kesimpulanya bertimbangrasa kalau naek public transport jangan conquer seat, cubalah cakap baik2 bagi elak salah faham, dan yang penting.. bersihkanlah otak masing2 dari pikir menda tut tut je.. hahaha


wanita anggun tiba di stesen LRT dengan hanya tersenyum...dalam hati dia


"hahaha makcik2 pon kuat pikir blue LOL"

2 orang berani komen:

Tanpa Nama berkata...

err lucu~

lepez berkata...

ade pikir lain x??~
hahahaha~

Catat Ulasan