Ajoi,Sumardi dan Pancis sedang menunggu keretapi di stesyen keretapi Seremban. Diaorang bertiga kalau dah berjumpa macam-macam cerita di borakkan sehingga terlepas keretapi yang hendak dinaiki.
Apabila perasan keretapi dah bergerak, mereka bertiga berlari pecut mengejar keretapi tersebut.
Macam filem stunt, Sumardi dan Pancis berjaya juga lompat dan menaiki keretapi tersebut tetapi Ajoi tak dapat naik.
Walau macamanapun Ajoi kelihatan ketawa terbahak-bahak sampai terguling-guling tepi landasan. Pekerja KTM yang melihat aksi mereka dari tadi berasa pelik dan menghampiri Ajoi..
Pekerja KTM: “Kenapa encik ketawa? Bukan ker encik tak berjaya mengejar keretapi tadi?
Ajoi:”Sebenarnya yang nak naik keretapi tadi saya seorang, diaorang berdua hanya hantar jer…wakakakak”
Segala cerita di bawah adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena antara yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
-=[ Selamat Datang ]=-
lawak siapa hang tuah~
pada suatu hari di skolah,cikgu menanyakan soalan sejarah kepada muridnye...
cikgu:ajoi siapa kah hang tuah?
ajoi:m.nasir cikgu..
cikgu:ape kena dengan kamu ni? tak belajar sejarah ker?
ajoi:relax lah cikgu, kit kat kan ade....(sambil menyeluk sakunya dan memberi kit kat nye kepada cikgu..)
cikgu:#$@$%^&*(&()
ajoi:betul lah kan m.nasir.
lawak email~
Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di Microsoft. Pegawai disitu telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai.. Lalu dia mengatakan
"Anda diterima bekerja... berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan."
Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email .. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja.. Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki USD 10. lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur... Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja... Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di US... Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya. .. Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya. ... Setelah bersetuju... Penjual insuran berkata.. "Minta email Puan..." "Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email" jawab wanita itu Penjual Insuran terkejut dan berkata "Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email. Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email." Waita itu menjawab:
"Jadi tukang Sapu di Microsoft"
sebab mahasiswa/i tidak lulus ujian~
Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila dia tidak lulus ujian,
Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat…
Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik … Mari kita kira!
Hari Minggu
52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari.
Hari Cuti Umum
Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb… Baki tinggal 283 hari.
Cuti Semester
Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.
Baki tinggal 223.
Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur. Baki tinggal 103 hari.
Beribadat
Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun. Baki tinggal 95 hari.
Bermain
Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari. Baki hari tinggal 80.
Makan :
Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari. Baki tinggal 65 hari.
Berborak
Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi. Baki tinggal 50 hari.
Sakit
Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. Baki tinggal 45 hari.
Exam
Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam.
Baki tinggal 21 hari.
Refreshing
Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. Baki tinggal 16 hari.
Surfing Internet
Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan tagged atau paling tidak pun layan blog isuhangat . Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun.
Jadi baki tinggal 1 hari.
Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!! Mana boleh belajar!
jenis-jenis rambut~
1) RAMBUT LURUS
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan
2) RAMBUT KERINTING TEBAL
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masala...h diri, tidak suka termenung
3) RAMBUT KERINTING NEGRO
bijak, ego, cemburu buta, romantic, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah
4) RAMBUT IKAL MAYANG
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.
5) RAMBUT HALUS/LEMBUT
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.
6) RAMBUT SIKIT
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.
7) RAMBUT PERANG
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.
8) RAMBUT TEBAL
bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan dan pandai mengambil hati seseorang.
9) RAMBUT KUSUT
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.
p/s: malas sikat rambut
10) RAMBUT BERUBAN
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri
11)TIADA RAMBUT
macam mana nak kate ye....kesian
12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN
itu rambutann... Huahuahuahua...jangan marah...gerammmm tak perrrrrrrrrr
lawak memilih~
Aliff : Meor, kau ni bila nak kahwin? Dah tua bangka dah...
Meor : Aku belum jumpa perempuan idaman aku lagi
Aliff : Kau ni mesti memilihkan, nak yang cantik je...
Meor : Aku tak kesah cantik ke buruk, yang penting kentut dia wangi...
Aliff : ????
lawak tukar tempat~
Satu hari Ajoi perlu ke KL untuk menduduki satu temuduga. Ajoi berniat untuk tidur di rumah member kamceng dia, Sumardi. Pada hari yang dijanjikan Ajoi pun menaiki keretapi dari Seremban manakala Sumardi menunggu dia di KL Sentral.
Setelah sampai, Ajoi turun dari keretapi tetapi muka dia sangat pucat, almaklumlah itulah first time dia menaiki keretapi.
Sumardi: Salam Joi, sahabatku! Pesal muka lu pucat semacam jer?
Ajoi: Aku tak biasalah naik keretapi. Lepas tu aku duduk menghadap ke arah bertentangan, kepala aku pening la bro.
Sumardi: Sian lu, apasal tak tukar tempat duduk dengan orang yang duduk depan ko?
Ajoi: Aku nak tukar jugak tapi tak boleh..
Sumardi: Naper tokleh? Dia tak kasi ker?
Ajoi: Masalahnya depan aku takde orang duduk, camner aku nak ajak tukar tempat…
Sumardi: Grpppdkkk..!
Langgan:
Catatan (Atom)