-=[ Selamat Datang ]=-

Fakta~

1-Ikan parang tidak boleh digunakan untuk menebang pokok.

2-Walau maju macam mana sekali pun Pekan di Pahang tetap akan disebut Pekan.

3-Air sebenarnya tidak boleh dicincang tetapi boleh ditarik,contohnya teh tarik.

4-Satu2 benda tidak hidup dan tidak bernyawa tapi boleh melahirkan adalah surat beranak.

5-Sumbu yg ada pada badak sumbu tidak boleh dicucuh dan menyala.


6-Kawasan yang mempunyai ibu tunggal yang boleh di percayai adalah di Janda Baik.


7-Tempat tertinggi di Malaysia bukannya di Gunung Kinabalu tetapi Kota Tinggi di Johor.


8-Burung tukang tidak boleh di harap untuk membuat rumah.


9-Selipar adalah panggilan yang betul sekiranya objek tersebut memiliki kedua-dua belah kiri dan kanan,penggunaan istilah Dualipar adalah salah dan tidak dibenarkan dalam Kamus Dewan.


10-Kakaktua tidak tahu yg dia sebenarnya saudara yg lebih tua dari adik2nya.


11-Kastam belum lagi menggunakan anjing laut untuk menghidu dan mengesan dadah.


12-Tempat paling kecil di Malaysia ialah Setapak.


13-Kuda laut tidak boleh berlumba.

0 orang berani komen:

Catat Ulasan