-=[ Selamat Datang ]=-

Buat Sesuatu~

Sepasang suami isteri sedang menonton National Geographic..
Isteri: sedihnya kalau rusa tu kena baham harimau bintang.
Suami: Itu dah lumrah alam. Harimau tu perlu makan untuk hidup.
Isteri: Tapi bang, kesianlah rusa tu. Buatlah sesuatu.
Suami: La..tengok ja lah TV tu.
Isteri: Kalau abang tak buat sesuatu, saya balik rumah mak karang..
Suami: Ok..ok...abg pergi lah ni tolongnya... Kesudahan cerita ini, sila tonton video ini


PETUA NAK JIMAT MINYAK KERETA~

1. Pagi2 lepas subuh sebelum start enjin kereta, baca al fatihah dan niatkan sedekah pada kedua ibu bapa kita.
2. Kemudian, start enjin kereta dan biarkan selama 3 minit.
3. Seterusnya matikan semula enjin kereta pastu
4. Start enjin motosikal anda dan terus pergi kerja.

Insya Allah jimat minyak kereta tu.

CERITA MENYAYAT HATI~

" Abg...tlg dtg umah segera, URGENT!!!!! ". Hakim baca sms sepantas
kilat. Terus call balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta. Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu.

Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran
dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main
masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan. Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'Racing BMX' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the
gang'
yang mengganggu Ina masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia mula
lancar
tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina
"Pen
merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula Hacks
sebagai
hadiah harijadi Ina...gara-gara surat itulah dia dapat jelingan tajam Mak
Ropiah
ibunya Ina yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak
Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa
menadah
telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak
naya.

Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi
fikirannya
kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba
hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu,
fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja. Dia risau kerana Ina
tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja kala
itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura kerja shift malam.
Dia
risau kerana panggilannya tidak berjawab. Dia risau takut-takut rumah
Ina
dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru
ni,
ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak. Dia berdoa jika
rumah
Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu
diapa-apakan,
ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak
diapa-apakan.
Dia berdoa sungguh-sungguh.

Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa
itu
baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka
masih
bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan.
Jika
tak ada aral melintang hujung tahun ini, (masa PERODUA cuti plant
shutdown
2 minggu) keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya
yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal
isterinya
itu.

Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti
di
depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah
rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas tombol
pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik
Ina. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk
lagi
pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh bersabar lagi,
dia
pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Ina,
dia
tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina kusut masai, Ina tekup
muka sambil menangis. "Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina.
Ina masih dalam sendu. "hu...hu..." " Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi" "Hu..hu" Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan keluar dari mulut Ina. Hakim goncang bahu Ina. "Ina, what hell is going on...tell me!!"

Suara Hakim kuat kali ini. Ina berenti menangis,

Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.

MMmm "Bang, Ina lapar, nak makan nasik . Duit gaji tak masuk lagi.
Nanti cukup 27hb Dis nie, Ina bayar balik ek? Tak pun bila Ina dapat Bonus baru bayar."

lawak tergesa-gesa~

Di sebuah bustop, seorang budak nakal bertanya waktu kepada Pak Cupit...

Budak: Pakcik pukul berapa sekarang?
Pak Cupit: Pukul 3:45 petang.

Budak: Terima kasih
Pak Cupit: Sama-sama

Budak: Pakcik mintak tolong sikit boleh?
Pak Cupit: Tolong ape?

Budak: Nanti bila dah pukul 4:00 petang boleh tak pakcik cium bontot saya?
Pak Cupit: Celaka punya budak!

Budak nakal tersebut terus lari meninggalkan Pak Cupit sambil ketawa berdekah-dekah. Pak Cupit yang berang mengejar budak nakal itu sampai ke sebuah gerai menjual jambu.

Penjual jambu: Kenapa termengah-mengah ni pak cik?
Pak Cupit: Budak celaka tu kenakan aku! Ada ke patut dia suruh aku cium bontot dia pukul 4:00 petang?

Penjual jambu: La yeke? Tapi sekarang baru pukul 3:50 ada sepuluh minit lagi, kenapa tergesa-gesa ?
Pak Cupit: !@#$%^&

lawak radio~

Seorang pakcik yang berumur dalam lingkungan 60-an telah berkunjung kesebuah kedai elektronik. Beliau ingin membeli sebuah radio yang berjenamakan “SONY”. Hendak dijadikan cerita pakcik ni bertanyalah kepada tauke kedai tersebut.

Pakcik : Tauke a,.. sini ada jual Radio Sony kah ??
Tauke : Uihhh ada semua jenis Radio ada dijual disini..
Pakcik : Tapi a saya mahu radio SOny juga jangan tauke bagi saya radio lain ahhh kalau tidak saya kembalikan kepada tauke,…
Tauke : Ya jangan susah Pakcik di gerenti ada punya lah
pakcik… Pakcik mo Radio SOny kan sekejap ahh saya ambil

Seketika,….

Taukeh : Nah ini dia radio yang pakcik nak tu … 

Sooo pakcik tu pun belilah radio tu.. ngan excitednya pakcik tu membawa radio barunya kerumah dan terus memasang radio tersebut. Betapa berbunganya perasaan orang tua pada ketika itu memiliki Radio Sony,… ekekekk… then pass tu time pakcik tu syok habis dengar radio tiba-tiba pakcik ni terdengar slot yang mengatakan ” Inilah Radio Saluran Emas anda yang akan menghiburkan saudara dan saudari selama 24 jam”. Pastu pakcik tu naik berang mengalahkan the hulk. Pakcik tu balik semula ke kedai elektronik tempat dimana dia beli Radio itu.

Pakcik : Tauke,.. tauke kasih tipu saya hidup-hidup oooo
Tauke : Kenapa ???
Pakcik : Tauke bilang sama saya ahhh ini Radio Sony ,.. ini bukan Radio Sony pun
Tauke : Ini memang Radio Sony pakcik
Pakcik : Masakan orang didalam radio itu boleh mengatakan “Inilah Radio Saluran Emas anda” apa ni Tauke ni bukan Radio Sony tapi Radio Saluran Emas.
Tauke : blur… @#$%^&* 

Kisah Suami yang Tertekan

ISTERI: Kenapa abg call?

SUAMI: Abg tertekan.

ISTERI: Abg ok? Abg ada masalah apa? Citer la kat saya...

SUAMI: ?? Saya tertekan je... mana ada masalah apa apa...

ISTERI: Kalau abg ada masalah cerita la....

SUAMI: Masalah apa nye.. abg ok je... abg cuma tertekan je...

ISTERI: Ye la... kalau abg tertekan.. abg kena cerita kat saya...

SUAMI: Tertekan pun kena cerita ke?

(Suami cuba menerangkan yang dia tertekan handset lalu ter-call isterinya)

pertandingan anak ramai~

Suatu Yayasan Keluarga di Indonesia mengadakan pertandingan siapa yang ramai anak peringkat antarabangsa.Di final pertandingan tersebut di adakan di depan orang ramai yang menjadi penonton yang diadakan di stadium bolasepak Senayan.

Diumumkan pemenang ketiga bernama Sumardi dengan membawa 50 orang anaknya. “Inilah peserta dari India dengan 50 anak !… penonton pun bersorak “fuuuuyoooo!…. ”

Kemudian dipanggil pemenang kedua iaitu Radin peserta dari China dengan membawa 100 orang anaknya. “Penonton sekalian, juara kedua peserta dari China dengan 100 anak !… penonton bersorak lagi “fuuuuyoooo!…. “Isuhangat hangat bangat deh!”

Tiba masanya diumumkan juara pertandingan, berjalan dengan ‘kerek’nya ke tengah stadium.

“Juara Pertama dari Indonesia iaitu Ajoi !”

Para Juri dan penonton TV siaran langsung agak terkejut sebentar (kenapa boleh jadi juara, ya?), tapi kemudian terdengar suara semua penonton di stadium bersorak

“Bapak ! Bapak ! Bapak !”