-=[ Selamat Datang ]=-

lawak radio~

Seorang pakcik yang berumur dalam lingkungan 60-an telah berkunjung kesebuah kedai elektronik. Beliau ingin membeli sebuah radio yang berjenamakan “SONY”. Hendak dijadikan cerita pakcik ni bertanyalah kepada tauke kedai tersebut.

Pakcik : Tauke a,.. sini ada jual Radio Sony kah ??
Tauke : Uihhh ada semua jenis Radio ada dijual disini..
Pakcik : Tapi a saya mahu radio SOny juga jangan tauke bagi saya radio lain ahhh kalau tidak saya kembalikan kepada tauke,…
Tauke : Ya jangan susah Pakcik di gerenti ada punya lah
pakcik… Pakcik mo Radio SOny kan sekejap ahh saya ambil

Seketika,….

Taukeh : Nah ini dia radio yang pakcik nak tu … 

Sooo pakcik tu pun belilah radio tu.. ngan excitednya pakcik tu membawa radio barunya kerumah dan terus memasang radio tersebut. Betapa berbunganya perasaan orang tua pada ketika itu memiliki Radio Sony,… ekekekk… then pass tu time pakcik tu syok habis dengar radio tiba-tiba pakcik ni terdengar slot yang mengatakan ” Inilah Radio Saluran Emas anda yang akan menghiburkan saudara dan saudari selama 24 jam”. Pastu pakcik tu naik berang mengalahkan the hulk. Pakcik tu balik semula ke kedai elektronik tempat dimana dia beli Radio itu.

Pakcik : Tauke,.. tauke kasih tipu saya hidup-hidup oooo
Tauke : Kenapa ???
Pakcik : Tauke bilang sama saya ahhh ini Radio Sony ,.. ini bukan Radio Sony pun
Tauke : Ini memang Radio Sony pakcik
Pakcik : Masakan orang didalam radio itu boleh mengatakan “Inilah Radio Saluran Emas anda” apa ni Tauke ni bukan Radio Sony tapi Radio Saluran Emas.
Tauke : blur… @#$%^&* 

Kisah Suami yang Tertekan

ISTERI: Kenapa abg call?

SUAMI: Abg tertekan.

ISTERI: Abg ok? Abg ada masalah apa? Citer la kat saya...

SUAMI: ?? Saya tertekan je... mana ada masalah apa apa...

ISTERI: Kalau abg ada masalah cerita la....

SUAMI: Masalah apa nye.. abg ok je... abg cuma tertekan je...

ISTERI: Ye la... kalau abg tertekan.. abg kena cerita kat saya...

SUAMI: Tertekan pun kena cerita ke?

(Suami cuba menerangkan yang dia tertekan handset lalu ter-call isterinya)

pertandingan anak ramai~

Suatu Yayasan Keluarga di Indonesia mengadakan pertandingan siapa yang ramai anak peringkat antarabangsa.Di final pertandingan tersebut di adakan di depan orang ramai yang menjadi penonton yang diadakan di stadium bolasepak Senayan.

Diumumkan pemenang ketiga bernama Sumardi dengan membawa 50 orang anaknya. “Inilah peserta dari India dengan 50 anak !… penonton pun bersorak “fuuuuyoooo!…. ”

Kemudian dipanggil pemenang kedua iaitu Radin peserta dari China dengan membawa 100 orang anaknya. “Penonton sekalian, juara kedua peserta dari China dengan 100 anak !… penonton bersorak lagi “fuuuuyoooo!…. “Isuhangat hangat bangat deh!”

Tiba masanya diumumkan juara pertandingan, berjalan dengan ‘kerek’nya ke tengah stadium.

“Juara Pertama dari Indonesia iaitu Ajoi !”

Para Juri dan penonton TV siaran langsung agak terkejut sebentar (kenapa boleh jadi juara, ya?), tapi kemudian terdengar suara semua penonton di stadium bersorak

“Bapak ! Bapak ! Bapak !”

Kisah seorang petani~

Seorang petani sedang duduk di tangga rumahnya sambil menghisap berkotak-kotak rokok dan merenung jauh ke padang rumput.Seorang jirannya lalu di depan rumahnya dan terus menegurnya. Usup : Ai… Daud kenapa dengan ko ni? muke sedih jer. Si petani melihat jirannya dengan nada sedih dan termenung Daud : Ntah la usop oi,susah aku nak cakap pasal masalah aku ni. Si Usop duduk mendekati si daud ingin mendengar cerita ape masalah yang dihadapi oleh si daud. Usop : Apanye yang susah ko nak cakap?Teruk sangat ke masalah ko ni?sampai berkotak-kotak rokok ko hisap hari ni. Daud : Macam ni, seperti biasa la kan.Aku ke kandang lembu aku tu nak perah susu.Perah punya perah, masa tu dah dekat penuh satu baldi dah.Tiba-tiba kaki kanan si lembu aku ni g tendang baldi susu tu.Habis tumpah semuanyer. Usop : La pasal tu je ke? ko monyok sampai camni sekali kenape? Daud : Ntah la Usop, susah aku nak cakap. Usop : Ape die yang susahnya?cakap je la. Daud : Aku ikat la kaki kanan lembu aku tu kat tiang dengan tali.Pastu aku sambung perah lagi.Dah hampir penuh satu baldi, Kaki kiri lembu tu plak tendang baldi susu tu.Tumpah lagi. Usop : Haaa kena tendang lagi?? Daud : Ntah la Usop susah aku nak cakap kat ko dah. Usop : Abis tu?ko watpe lagi kat lembu tu? Daud : Aku ikat la kaki kiri lembu tu kat tiang plak.Pastu aku sambung perah lagi susu tu.Dah nak hampir penuh je, ekor si lembu tu libas lagi skali baldi susu aku.Tumpah lagi susu tu!!. Usop : Patutla ko monyok je, tapi aku tengok teruk sangat ko ni.Takkan pasal susu tumpah ko sampai berkotak-kotak hisap rokok? Daud : Tak la usop, susah aku nak cakap kat ko ni. Usop : Adooiiii, asyik cakap susah nak cakap jer ko ni.Habis tu ko watpe lagi kat lembu ko tu?ko perah lagi ke susunyer? Daud : Tali aku dah habis guna wat ikat kaki lembu tu.Jadi aku guna la tali pinggang aku ni wat ikat ekor lembu tu. Seluar aku jadi longgar bile takde tali pinggang. Bile seluar aku terlondeh je, tiba2 bini aku datang. " Bini: Abang buat apa tu!!!!!!! (Bagi pelempang). Dengan lembu pun ada nafsu. Ceraikan saya! " Daud: Tak sangka pulak aku benda ni boleh jadi macamtu kat aku. Usop: ????

Penurunan Harga Minyak


Terkini!!!
Penurunan Harga Minyak.
Barisan Nasional hari ini mengesahkan bahawa semua harga minyak akan diturunkan sebanyak 50 sen se liter, di semua stesen minyak yang terletak di negeri negeri yang ditadbir oleh BN. Negeri negeri yang terlibat adalah semua negeri kecuali Kelantan,Pulau Pinang dan Selangor
Perkara ini disahkan oleh setiausaha MCA negeri Johor, selepas selesai sahaja Mesyuarat Majlis Presiden MCA yang berlangsung di Johor sebentar tadi.
Majlis Presiden dalam Mesyuarat nya petang tadi, sebulat suara bersetuju untuk menghapuskan cukai yang dikenakan pada premis premis syarikat minyak, dengan itu harga minyak manpu diturunkan sebanyak 35 peratus untuk setiap kategori akan berkuatkuasa pada pukul 12 malam ini.
Sumber itu juga menegaskan, penurunan harga tersebut juga akan dapat dinikmati oleh semua kenderaan yang mengisi minyak di stesen tersebut walaupun tidak menpunyai no pendaftaran negeri BN.
Berikut adalah senarai minyak yang terlibat dengan penurunan harga,
1.Minyak Angin
2.Minyak Senyonyong
3.Minyak Gamat
4.Minyak Dagu
5.Minyak Pengasih.
kehh..kehh..kehh jngn marah arr.... 

23 PERKARA JANGAN DILAKUKAN KETIKA MEMANDU

1. Tidur dengan nyenyak.
2. Membebel tak sudah-sudah.
3. Menyumpah-nyumpah trafik light dan polis trafik.
4. Menghidupkan lampu isyarat tak tentu hala.
5. Membunyikan hon sesuka hati.
6. Menelefon kekasih masing-masing sampai terlentuk-lentuk.
7. Buka cermin tingkap dan meludah sesuka hati.
8. Menunjukkan penumbuk kepada pemandu lain.
9. Melanggar tiang lampu isyarat.
10. Masuk ke lorong bertentangan.
11. Menjerit-jerit tak tentu hala.
12. Menukar seluar.
13. Mandi sambil berkemban.
14. Menggosok gigi dengan air enjin.
15. Meminjam telefon bimbit pemandu lain.
16. Mengurat pemandu lain dan pejalan kaki.
17. Makan sirih.
18. Memesan teh tarik di gerai tepi jalan.
19. Duduk di tempat duduk penumpang.
20. Menari-nari terutama bila dengar lagu Hindustan.
21. Mengorek-ngorek lubang hidung dengan tombol gear.
22. Membaiki komputer yang rosak hardisknya.
23. Menelefon boss anda dan menyatakan anda menyampah dengannya.

lawak keadaan suami~

Setelah mendapat khabar kemalangan jalanraya yang menimpa suaminya, Tipah terus berkejar ke Hospital.

Tipah : Doktor, bagaimana keadaan suami saya?

Doktor : Siapa nama suami Puan?

Tipah : Err...Jiman Bin Seman, Doktor...

Doktor : Sebentar ye. Saya periksa fail pesakit nie. Hmmm, lukanya tak parah. Cuma calar-balar sikit di tubuhnya.

Tipah : Syukurlah...lukanya tak parah. Saya risau betul. Err...di mana suami saya, Doktor?

Doktor : Ada di bilik Mayat!

Tipah terus pengsan..