-=[ Selamat Datang ]=-

sifat peribadi berdasarkan buah pilihan anda~

a. epal b. pisang c. limau d. mangga e. rambutan f. betik Buah manakah yang akan anda pilih? Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda! Berfikirlah dengan berhati-hati. (JGN TGK JAWAPAN DI BAWAH DULU... ... PILIH DULU BUAH APA... ... ))) . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Ini dia jawapannya... a. jika anda pilih epal: bererti Anda adalah orang yang suka makan epal b. jika anda pilih pisang: bererti Anda adalah orang yang suka makan pisang c. jika anda pilih limau: bererti Anda adalah orang yang suka makan limau d. jika anda pilih mangga: bererti Anda adalah orang yang suka makan mangga e. jika anda pilih rambutan: bererti Anda adalah orang yang suka makan rambutan f. Jika anda pilih betik: bererti Anda adalah orang yang suka makan betik

lawak berebut~

sepasang suami istri sedang berebut remote tv. suami die sk tngk bola.sedang istri die sk tngok masak2.sehingge bunyi tv tu jd x menentu mcm ni.. satu kilo daging ayam DI TENDANG RONALDO. lima siung bawang merah BERDIRI OFSIDE. daging di rebus oleh REFREE. perencah yg dah halus Di KENAI YELLOW CARD. BOLA DIBAWA LALU di rebus separuh masak.GOAL KEPER di tusuk jd sate. HAKIM GARIS MENGANGKAT BENDERA tanda sate dah masak.... jiran sebelah:ape ke bende yg diorang tonton tu...pelik semacam jer bunyinye....

10 AMAL YANG TIDAK PERNAH DI LAKUKAN ORANG

1. Masuk ke shopping mall yang penuh sesak dan bersalam dengan semua orang yang ada dalam tu dengan niat untuk mengeratkan silaturrahim. 2. Memberi ceramah kesedaran tentang bahayanya penggunaan dadah kepada orang-orang utan d sepilok. 3. Memberikan senyuman yang manis dan mempersonakan tetapi apabila berdepan dengan cermin sahaja kerana senyum itu adalah 1 sedekah. 4. Membeli hadiah yang mahal dan datang ke majlis kawan,sedangkan majlis tu adalah kenduri arwah. 5. Menggembirakan hati seorang sahabat sedangkan sahabat itu tengah tidur lena. Walaupun niatnya ikhlas. 6. Mendermakan wang ringgit yang begitu banyak kepada orang yang kaya daripada dia tapi bukan dengan niat memberi rasuah. 7. Menziarahi kawan yang sakit di hospital lalu memberikan buah tangan sambil berbisik ke telinganya dengan ayat ‘’marrobbuka’’ sedangkan kawannya hanya patah kaki. 8. Memberikan ilmu pengajaran secara percuma sedangkan yang di ajar adalah seorang profesor 9. Membeli makanan yang mahal-mahal seperti pizza,kfc dan burger king lalu memberi makan kepada haiwan di zoo dengan niat untuk bersedekah 10. Barang siapa yang share,komen dan like post ni adalah orang yang beramal walaupun tidak ikhlas.

tawaran kerja kosong:LULUSAN TADIKA/UPSR/PMR/SPM/STPM

semua jurusan: -gaji 4 ribu/sbln -duit mkn rm50/shri -insuran rm5000 jenis p'kerjaan: 1.geletek mayat sampai ketawa 2.meng0s0k gigi jin 3.mem0tong kuku harimau 4.menyisir rambt pontianak 5.mmbrekkn kreta api yg sdng brgerk menggunakn tangan/kaki tlng sebarkn ke kwn anda yg mmerlukn p'kerjaan ini dgn segera.. ANDA PUAS KAMI BANGGA...HAHAHA

tahukah anda???~

Kalau dengar lagu Cinta Muka Buku oleh Najwa Latiff, Harap-harap jangan ikut nyanyi sekali la ya, sebab ada bait lirik yang boleh bawa kita ke arah ttuttttt... kalau boleh tak payah dengar langsung. Nih liriknya: ~ Banyak persoalan yang berada di minda Banyak tanda tanya dan juga kata cinta Otak kata jangan hati pula kata ya Hidup tak menentu adakah ini cinta Banyak soalan banyak juga jawapannya Kata hati dan rasa tak dibiar saja Setiap yang berlaku ada kebaikannya Harus pejam mata dan cuba apa saja ♫ OK, tipu jer :P Amboi, menyanyi ikut rentak nampak? ƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑ

lawak latihan kebakaran~

Apabila beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu Seminar Kebakaran & Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguiser) dengan begitu berminat sekali. "Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan," pegawai itu menerangkan. "kemudian tekan di sini untuk mengeluarkan 'foam'nya." terang pegawai itu lebih lanjut. Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan telah dipilih untuk mengawal kebakaran di tempat letak kereta. Disebabkan kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam api tersebut. Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya, "Ingat !, seperti bom tangan.". Seperti timbul satu keyakinan baru kepada pekerja restoran nasi kandar itu, ia pun dengan segera mencabut pin dan melontarkan alat pemadam api itu ke dalam kawasan kebakaran tersebut.

lawak conteng~

Ayah : Sampai hati ko buat gini kat kami Milah. Apa salah ayah sampai camgini ko buat kat kami? Mak : Mak malu Milah. Malu mak dgn org kampung ni. Semuanya cakap yg bukan2 pasal keluarga kita. Huhuhu.. T.T Milah : Ampunkan Milah mak, ayah. Milah janji tak buat lagi. Huhuhu.. ... T.T Mak : Janji? Dulu pun ko pernah gak menconteng arang di muka kami. Tapi disebabkan ko ni anak kesayangan kitorang jadi kami pendamkan saja kemarahan kami ni. Tapi kali ni kau mmg dah melampau Milah. Huhuhu... Milah : Sebab mak ngan ayah diamlah Milah ingatkan mak ngan ayah x marah ngan Milah. Sebab tu la Milah buat lagi. Huhuhu.. Ayah : Tapi masalahnye kali ni ko pakai PEN MARKER! PERMANENT lak tu! Dulu pakai arang sekali basuh dah hilang. Tapi yg ni ko tengok, sampai sekarang x hilang2 lagi kat muka kitorang! Ketua kampung siap boleh terguling2 kat tengah jalan sbb tergelak besar bila dia tengok. Tok imam pun sama gak, siap perli lagi 'Orang Islam haram buat tatu'.